Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

12 December 2018

4R di 2018

Assalamualaikum pembaca sekalian..

12/12/18, masih ada lagi ke yang jenguk2 ke blog ummi ni? Allah, berkurun ye tak update kat sini..last entry pada 2015. Yang sebenarnya password pun dah lupa, godeh punya godeh Alhamdulillah dapat masuk balik ke sini..

Masih ada yang ingat 3R dan adiknya? Hehehe sekarang dah 4R..Raniya, Raiyan, Raiyna & Raisya. Blog ni pun dah 3 tahun terbengkalai, so apa kata kita sorot sepintas lalu perihal Triplets 3R dan adiknya..

Sharifah Raniya Azzahra

Ini triplets yang sulung, dipanggil Kakak..karektornya lebih matang dibandingkan yang lain. Dan agak pendiam juga. 



Syed Muhammad Raiyan

Yang ini pulak triplets kedua yang dipanggil Abang..hero kan, semestinya dialah yang paling aktif dalam ramai-ramai tu..yang selalu kena marah pun dia..tapi dia rajin tolong ummi, tolong picit kaki, tolong icit tangan, tolong pijak belakang..hehehe tq abang


Sharifah Raiyna Azzahra


Yang ni no. 3, dipanggil Adik..manja sungguh ni plus kuat melawa. 
Baju kotor sikit tak boleh, tangan berminyak sket tak boleh.
Kuat bergaya jugak budak ni..
tapi saaaangat sensitif aka gembeng..
tau gembeng?
Kuat menangis!!!


Sharifah Raisya Azzahra
Yang ni adik kepada 3R tu..
Kami panggik Echa..
hmm bongsu kan, opkos la manja sket..
Mulut macam bertih jagung ni,
tapi depan orang pendiam..


Itulah 4R ummi..
Si triplets dah 8 tahun, adiknya pulak dah 4 tahun.
Pejam celik Alhamdulillah, dah besar dah semua..

Anda yang mengikuti blog ni dari awal,
mesti dah kenal kan 3R ni..
kecuali adiknya je lah baru sekali ummi post pasal Raisya ni

Di kesempatan ini ummi igin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca2 sekalian yang tidak jemu2 mengikuti perkembangan 3R sewaktu lama tidak bersiaran di sini..Hanya Allah je yang tahu betapa terharunya ummi tatkala menerima pm/dm dari followers menyatakan mereka pembaca setia blog ini suatu ketika dulu..dan tanpa jemu masih mengikuti perkembangan 3R di rangkaian socmed ummi seperti FB dan IG..Terima kasih sekali lagi.

InshaAllah selepeas ini ummi cuba sekerapnya update tentang mereka di sini ya. Hingga berjumpa lagi, wassalam...

No comments: