Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

04 November 2013

KELAB KEMBAR MALAYSIA ZON SELATAN

Assalam semua...

Harini ummi nak share serba sedikit aktiviti kami
di hari minggu haritu...

Pernah dengar tentang Kelab Kembar Malaysia?
KKM merupakan sebuah kelab berdaftar
yang menghimpunkan pasangan2 kembar
di seluruh Malaysia....
Ahli2 dalam kelab ni terdiri dari ibu bapa
yang mempunyai anak kembar ataupun
individu2 yang dilahirkan kembar...

Ummi di antara orang yang terawal menyertai kelab ni
beberapa bulan selepas kelahiran 3R dulu...
Kelab ni diasaskan oleh pengerusinya
iaitu Encik Huszaini Haron...

Sebenarnya sebelum join KKM lagi ummi 
dah terlebih dulu kenal ngan En Huszaini ni...
Kenal ngan beliau sebab ummi selalu mengikuti
Dari situ lah kami kenal dan beliau sendiri
yang invite ummi menyertai KKM...

Seronok group KKM ni...
Majoritinya ada anak kembar 2...
Selebihnya kembar 3 & ada jugak kembar 4...
yang dianugerahkan kembar lebih dr sekali pon ada...

Ok, dipendekkan cerita,
tanggal 2hb November 2013 haritu,
KKM Zon Selatan telah menganjurkan
satu perjumpaan yang dipanggil
Tea-Talk KKM Selatan...
Program yang diadakan di Dewan SJK (C) Woon Hwa,JB
ini telah dimeriahkan oleh 20 keluarga
yang kesemuanya mempunyai anak kembar...



Sebenarnya kelab ni dah selalu adakan gathering begini,
cuma sebelum ni ummi tak berkesempatan
nak turut serta...
Alhamdulillah, kali ni ummi, walid & 3R
dapat turut sama memeriahkan perjumpaan tu...

Jom layan gambar....

Jualan barangan KKM oleh Pengerusi Kelab


Pengerusi Kelab, En Huszaini menyampaikan ucapan

Siap sedia utk bergambar bersama barangan tajaan




Sesi jamuan bertemakan Potluck



Turut memenuhi aturcara program ialah acara Sukaneka...
Sukaneka utk kanak kembar,
untuk yang bukan kembar,
untuk kaum bapa, utk pasangan suami isteri...
semuanya ada!!!

3R pon tak melepaskan peluang menyertai sukaneka...
Dorang masuk acara Tiup Belon Sampai Pecah,
Kutip Gula-gula & Rebut Kerusi...


Nampak tak 3R tgh tiup belon? hihiii
walid terpaksa guide 3R main rebut kerusi

Round 1 : yeayyy kakak & abang dpt duduk...adik terkeluar, hahaa
 Utk kanak2 3 tahun macam 3R tu,
actually dorg tak reti main pon game2 tu semua...
Saje je ummi bagi dorg join utk suka2..
Lagipun dari situ dorg dapat belajar bersosial...
Langsung tak mengaharapkan dorg menang pon...

Terima kasih banyak utk anak-anak ummi
sebab langsung tak meragam haritu...
Ramai orang request nak bergambar pon, dorg tak kisah..
Even masa wartawan nak ambik gambar dorg bertiga pon,
dorg bagi kerjasama yang baik...
Mekasih kakak, abang, adik...





Dan ummi pon seronok sangat...
sebab dapat jumpa dgn kawan2
yang selama ni hanya kenal di alam maya je...
 
 3R banyak dapat goodies haritu..
Seronok la dorg sepanjang hari dapat makan jajan..
Ummi pon tak ketinggalan dapat cenderahati jugak...


Ok..sedikit lagi gambar2 3R sepanjang berada di sana....

-

-

-






Itu lah serba sedikit coretan sepanjang hari tu...
Rasanya ada banyak lagi gambar2,
tapi dari lensa ummi yang ni je...
Nanti kalau ada kawan2 KKM yang lain
upload gambar event tu,
ummi update lagi kat sini ye...

Dan pada hari ini, 4 Nov 2013,
liputan berita tentang gathering tersebut
telah disiarkan di akhbar Sinar Harian & Utusan Malaysia

Utusan Malaysia 4/11/2013

Sinar Harian 4/11/2013
 Meh kite close-up sket gambar ummi & 3R...
hehehehe


Bagi pembaca yang mempunyai anak kembar,
sedang hamil kembar
atau diri anda sendiri merupakan kembar,
silalah join group Dianugerahkan Kembar di fb ye...
semoga silaturrahim kita lebih terjalin erat di sana...

Jumpa lagi,
Wassalam...