Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

10 September 2013

RAJUK SEBUAH PETI AIS

Alahaaiiiiii peti aisku...
Alahaaaiiiii 3R ku....
erk???
Ada kaitan ke 3R & peti ais???
Jawapannya YA!!!!
Memang ada....

Alkisahnya....
Ketiga2 anakandaku iaitu Raniya, Raiyan & Raiyna ni
tersangatlah gemar bermain dengan peti ais...
Bukak peti ais lama2 pastu 
tiga2 duduk depan peti ais...
Kononnya nak sejukkan diri la...
Bila bukak peti kan angin sejuk tu keluar
ala2 macam aircond gitu...
Haihhh tu lah habit 3R dari dulu lagi....

Bayangkan la dorg dah mula dgn habit tu 
daripada umur dorg setahun lebih...
daripada kat rumah lama lagi...
Sekarang ni umur dorg dah 3 tahun...
Kalu dah hari2 dok bukak peti tu lama2,
kompem la boleh jahanam benda alah tu....

Maka pada penghujung Syawal yang lalu,
merajuklah sudah peti ais itu...
Dari pagi bawak ke malam...
Dari malam membawak ke siang,
haram takmo sejuk peti tu...
Puas godeh sini godeh sana...

Dan walid tanpa berfikir panjang
teruslah gi carik peti ais baru...






Sebenarnya bukan apa...
Peti ais ni merupakan keperluan utama kat rumah ni...
Sebab ubat2an 3R, ubat2an ummi...
semuanya perlu disimpan dalam peti...
Macam insulin ummi tu,
tak boleh terdedah dengan haba penas,
perlu sentiasa dalam keadaan sejuk...
Ubat2 3R pon sama,
ada sebahagian ubat yang perlu dalam keadaan dingin...
So nak tak nak peti ais tu memang pentiang sangat...

Dan petang tu...
Dalam keadaan hujan ribut tu jugak org kedai datang hantar ke rumah...



Peti ais yang lama tu ummi bagi kat abang ummi...
Bagi free je sebab nak suruh dia repair sendiri
kerosakan peti tu....
Tapi nak dengar cerita best tak???

Sebelum peti baru tu nak sampai...
Ummi off kan la suis peti lama tu...
Pastu soh bibik alihkan ke satu sudut lain
supaya ada ruang utk peti baru nanti.....

Lepas dah beralih kedudukan,
ummi pon saje2 la on balik suis peti lama tu...
Tadaaaa....dan beliau pon kembali menyejukkan dirinya...
Best betul gurau senda dia kan....

Bila dia dah sejuk,
dgn comelnya peti ais baru pon sampai ke rumah....


Dan abang ummi yang ummi janji nak bagi peti
kat dia tu merupakan orang paling gembira
bila dapat tau peti tu dah baik semula....
Hmmm...Takpe la...
Rezeki untuk dia lah tu....

Manakala 3R pulak merupakan org yang paling
boring dengan peti ais baru ni...
Sebab peti baru ni dia ada alarm...
Alarm akan berbunyi sekiranya 
pintu peti dibuka melebihi 5 minit....
Pastu peti baru ni jugak ada Child Lock...
Takde chance la dorg nak bersuka ria
dengan peti tu macam dulu...
kikikiki......

Tapi apa pon ummi sayang sangat dengan 
peti yang lama tu...
Sebab peti tu dulu beli masa kitorg
baru nak belajar hidup sendiri...
Lepas kahwin, 2 tahun kami duduk menumpang
rumah papa...
After 2 years baru pindah duduk rumah sendiri,
dan peti tu lah antara barang2 yang mula2 kami beli...
Sentimental value kata ko!!!!
Peti tu pon selama ni ok,
tak pernah mergam pon...
Sejak2 3R jadikan dia macam aircond,
baru la peti tu pandai merajuk...

Tu je lah cebisan utk kali ini....
Wassalam

3 comments:

shaliza said...

budak2 mmg suka sangat la..buka tutup oeti...anak saya pun cengitu:-)

Bonda Ryan said...

budak2 kak, mmg peel depa akan ke situ. saya ikat pintu peti ais saya kak..hik3!!.

Fifi Nadhrah said...

peti ais main2 pulak ye.. ufairah pon suke main peti ais.. kalu kite bukak je pintu.. die orang pertame berlari ke situ.. nak bukak sendiri tak pandai lagi..