Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

10 September 2013

PENUTUP RAYA KAMI

Pergi sudah Syawal kali ini....
Kini Zulkaedah pula menjengahkan diri...

Syukur Ya Allah...
Syukur kerana mempertemukan kami dengan Ramadhan
dan Syawal tahun ini....
Kau kurniakanlah kesihatan yang afiat buat kami...
Lanjutkanlah usia kami,
agar dapat bersua lagi dengan kegembiraan & nikmat ini...

Alhamdulillah,
Syawal yang lalu kami labuhkan tirainya 
dengan mengundang rakan2 ke teratak kami...

Majlisnya serba ringkas dan ala kadar je...
Hanya menjemput kenalan2 pejabat ummi & walid,
dan jiran2 terdekat...
Errr...jangan tak tau,
walaupun dah hampir 3 bulan berpindah ke rumah baru tu,
ummi & walid belum mengenali sepenuhnya 
jiran2 tetangga kami....
Jadi kesempatan yang ada tu
kami jemputlah sekali jiran2 sederet rumah tu...

Kami buat open house pada 30/8/2013.
iaitu sehari selepas hari lahir 3R...
Hajat utama tu memang nak buat makan2 
bersempena hari lahir 3R...
So kira majlis hari tu 3 in 1 la...
Open house raya..birthday 3R & house warming kunun2 nye...

Walaupun serba ringkas & ala kadar,
seronok sangat bila kawan2 semua 
tak putus2 datang memeriahkan majlis...
Ni serba sedikit yang sempat ummi rakamkan hari tu...









Tu gambar2 sebahagian tetamu yang hadir...
Ramai lagi sebenarnya tetamu yang datang
sampai la ke malam...
Tapi dek kerana kesibukan melayan tetamu,
maka tak sempat la nak bergambar bagai..
Maaf pada kengkawan yg hadir
tetapi gambarnya tak dapat diabadikan ye...

Seronok juga bila jiran2 semua datang...
Dorang datang serentak plak tu...
Best dapat berkenalan dengan semua...
Rupanya dorang baru tau yang 3R tu kembar...
Dorang ingatkan 3R tu rapat2 setahun sorang...
Hihihiiii.....

Majlis kami berjalan sampai ke malam...
Sebenarnya kami buat 2 sessi...
Siang utk kawan2 ummi & walid...
Malam untuk adik-beradik & saudara mara...
Tapi sampai ke malam tu pon ramai lagi kawan2 yang datang...
Ya Allah terharu sungguh....

Malam tu 3R sempat potong birthday cake dorg...
Excited dorg dgn kek upin ipin nye tu....
Lagi excited dapat hadiah dari bapak2 & mak2 sedara dorg....



Majlis kami hari tu berlarutan sampai ke pukul 11 malam...
Terima kasih kepada rakan2 yang hadir...
Untuk tahun ni,
kami undang rakan rapat & rakan2 sepejabat dulu ye...
InshaAllah kalau ada rezeki melimpah ruah
di masa2 akan datang,
ummi akan jemput rakan2 alam maya pulak ye...
Rakan2 fb, instagram, blog's reader, blog's follower...
Mudah2an Allah izinkan ye....

Sekian saja utk kali ini...
Jumpa lagi di lain entry...
Wassalam....

No comments: