Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

15 May 2013

HAPPY MOTHER'S DAY

 Hari Sabtu 11/5/2013 hari tu,
kami semua ke Zoo Johor...
Bosan lah tiap2 minggu asyik berjalan ke shopping mall je,
so kali ni kita melawat zoo pulak...
Hmmm...tak payah cerita detail sangat lah yek...
Layan gambar je lah...




  
Sebenarnya tujuan utama ke sini
sebab nak melepaskan hajat mereka bertiga ni...
Asal lalu depan zoo ni je mesti semua excited
nak tengok basikal air kat tasik zoo tu...
So haritu lepaskan jugak la hajat dorang...



Cuaca haritu panas sket...
Bila dah semakin tengahari,
kami pon balik....
Tapi enjoy jugak la dapat round2 dalam zoo tu,
walaupun tak semua haiwan kami dapat tengok...

Balik je memasing terus melepek la...
Petang tu layan hindustan dan lepak2 kat rumah je...


Esoknya, Ahad 12 Mei,
pagi2 lagi dah kejutkan 3R ajak gi pasar...
Pasar tu berhampiran rumah baru kami,
kiranya first time la nak ke pasar tu...
Sebelum2 ni lokasi kami selalunya di Pasar Tebrau...
Kali ni lokasinya Pasar Perling pulak...




Pagi tu tak masak apa2 pon untuk sarapan...
Beli sarapan siap2 kat depan pasar tu je...
Sampai rumah terus breakfast bersama...



Tengahari walid ajak lunch kat Jusco Bukit Indah..
Tak kasi ummi masak,
nak makan luar sempena Mother's Day katanya...
~sebenarnya walid tak ingat pon hari tu mother's day,
dia tau sebab nampak iklan hari ibu kat tv
masa balik dari pasar....chetttt ~

Hayooo tak maulah!!!!
Dah beli ikan, sotong, udang bagai...
Nak ajak makan luar plak....
Dah la dari kat pasar tadi dh terliur tengok sotong kembang tu...

Sudahnya tak jadi ke Jusco...
Masak dan makan tengahri kat rumah je...
Lebih jimat dan lebih sedap...

Oh ye, sebut pasal Mother's Day,
di kesempatan ini rasanya belum terlewat
untuk ummi ucapkan Selamat Hari Ibu
buat rakan2 pembaca semua...
Semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik
untuk terus membesarkan anak2
dan menguruskan rumahtangga...
Semoga kita juga terus dikurniakan kebahagiaan 
hidup di dunia & di akhirat...

Alfatihah buat mama ummi,
Allahyarhamah Hajjah Khalifah binti Abd Rahman...
dan ibu mertua ummi, 
Allahyarhamah Hajjah Sh Badariah Sy Ahmad Al Attas...

Ummi dan mama
 ~tak sempat nak bongkar kotak2 nak cari gambar mama bertudung,
tak pandai edit, so letak bunga2 je lah~

Ummi dan mak (mertua)
 

3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, selamat hari ibu. bestnya dak2 ni berjalan. comel je :)

Fifi Nadhrah said...

selamat hari ibu kak!~

rinduan citarasa said...

slmat hari ibu bt kamu sayang.
al fatihah bt keduanya y sudah menghadapi Illahi

ps" suka lihat view rumah baru kamu.. lebih besar dan luas