Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

30 November 2012

UPIN IPIN

 
Kenal tak budak 2 orang ni??
Hadoiii...memang bawak pengaruh betul la budak 2 orang ni...

Sekarang ni 3R memang berhantu betul ngan si Upin Ipin ni..
Kalau kat rumah tu,
memang setiap hari 3R akan layan citer ni..
Tak kira la DVD ke, Astro ke, Youtube ke...
 Kat dalam kereta pon sama...
Masuk je kereta,
memang layan Upin Ipin je la sepanjang perjalanan... 


Hahhh..tengok la list Astro PVR kat rumah kami...
Semuanya cite Upin Ipin je...
Mana2 channel yang ada Upin Ipin,
memang wajib kena record...

Dorg ni ada watak2 kegemaran masing2,
Macam kakak, dia suka dengan kak Ros,
kadang2 gaya dia bercakap dan
gaya dia marah abang & adik pun terbawak2 dengan gaya Kak Ros...



Si abang pulak suka dengan Mail...
Paling dia suka dengar Mail cakap 2 singgit 2 singgit tu...



Manakala si adik pulak,
dia lebih obsess dengan si Mei Mei...
Kalau nak ikat rambut,
nak pakaikan baju, nak pakai kasut...
Semuanya nak macam Mei Mei...


Antara banyak2 siri kartun Upin Ipin,
episod yang dorg paling suka sekali seperti
Kembara Kecil-kecilan, Kuih Utk Opah
dan Cerita Kami...

Kembara Kecil-kecilan

Kuih Untuk Opah

Cerita kami

Ok. jom kita saksikan gelagat mereka melayan Upin Ipin....















 Ok lah...
Sebelum ummi akhiri entri kali ni...
Jom saksikan lagu kegemaran 3R...
Dorg siap dah boleh hafal sikit2 lagu ni...
Ummi yang dengar hari2 ni pon dah terhafal sama...
Jom layan....






 

23 November 2012

LEGOLAND MALAYSIA


Haihhh...
Orang2 dari utara, barat, timur
rata-ratanya semua dah sampai ke Legoland...
Awal2 pembukaan dulu,
kemain meriah ummi tengok kat fb masing2,
semua dok post gambar pi Legoland...

Kita yang duduk 'tepi hidung' ni baru jejak ke LL ahad lepas..
hihihi...
Jarak antara LL dengan rumah kami dekat je,
dalam 20-25 minit perjalanan je...
Jika diizinkan Allah,
hujung tahun ni kami akan berpindah ke kediaman baru,
haaa rumah baru nanti lagi dekat dengan LL,
dalam 10 minit perjalanan je...

Hari Ahad 18/11/2012 haritu,
ke Legoland lah kami sekeluarga...

Sebenarnya plan nak ke LL tu dari hari Sabtu lagi...
Konon-kononnya nak ke LL petang2 sikit,
biar cuaca redup & tak berapa panas sangat...
Tapi kat kawasan JB ni tiap2 petang memang hujan...
Petang Sabtu tu kami keluar rumah jam 3 lebih,
elok sampai je kat kawasan Perling (kawasan berhampiran Nusajaya),
hujan pun turun dengan selebat-lebatnynya....

Terpaksalah batalkan hasrat ke LL Sabtu tu...
Untuk tidak menghampakan 3R,
terpaksalah kami melencong ke Aeon Bukit Indah...
Sudahnya melepak dalam tu sampai hujan berhenti..
Sampai lewat petang jugaklah kat situ.. 

Esoknya, Ahad 18 Nov,
pagi-pagi lagi dah siapkan 3R...
Takut rancangan ke LL tergendala lagi dek kerana cuaca...

Alhamdulillah, cuaca sangat baik pagi tu...
Sesampainya di LL kami sarapan dulu di KFC..
KFC tu letaknya di Medini Mall,
dalam kawasan LL tu jugak..


Usai bersarapan & mengalas perut,
cuaca mula mendung...
Dan tak sampai 5 minit,
titis2 hujan mula membasahi bumi...
Alahaaiiii....

Kami berteduh dulu di Medini Mall
 sementara menunggu hujan reda..
3R mula kebosanan dan dah mula tak reti diam....

 Alhamdulillah, pagi tu hujan sekejap je,
ada la lebih kurang 10 minit...
Lepas tu cuaca terus kembali cerah...
Apa lagi...kami pon terus berdesup masuk ke LL


Sedikit info bagi mereka yang nak tahu tentang tiket...
Untuk 3R, mereka boleh masuk percuma
sebab tiada bayaran masuk dikenakan utk bayi dari 0-2 tahun..
Untuk ummi, walid & bibik,
kami beli Annual Pass...
Annual Pass ni dikira berbaloi utk kami
yang tinggal berdekatan dengan LL...
sebab boleh masuk ke LL tanpa had dalam tempoh setahun...
Utk maklumat tentang harga tiket,
boleh rujuk di sini ye...

Ok, jom layan gambar2 kami di LL..

Bibik Yaya






berebut nak masuk dalam lubang ~ klik di sini ~


Raniya

Raiyan

Raiyna


Kunjungan pertama kami hari tu sekejap je...
Lebih kurang 3 jam je...
Sebab tengahari tu cuaca tersangatlah panas terik...
So tengahari tu kami pon balik...
3 jam tu pon tak sempat pusing habis sebenarnya,
sebab tempatnya tersangat lah luas....

Seronok sungguh 3R,
sepanjang perjalanan balik asyik bercerita pasal YEGOYAND (Legoland) je..

4 hari selepas tu,
iaitu hari Khamis 22 Nov 2012,
kami ke LL lagi...
Kebetulan pulak,
negeri Johor bercuti sempena
Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor...

Awal2 lagi 3R dah cakap nak naik train...
Hari tu masa first time pergi tak dapat naik,
sebab terlalu ramai org beratur,
malas plak nak que panjang2 camtu...
So nak tak nak,
kunjungan kali ni terpaksa jugak la tunaikan hajat dorg

dalam train

Kunjungan kali ni seronok sket,
sebab cuaca tak panas,
redup dan berangin je...
Lagipon tak ramai sangat orang kali ni...
Agaknya sebab negeri Johor je yang cuti...


Hari tu kami dapat cuba macam2 games & aktiviti kat situ...
Memang seronok sangat walaupun ada certain games
yang kena beratur panjang & menunggu lama...

3R ketika beratur tunggu turn nak naik menara berputar




Daripada pukul 10.30 pagi,
pukul 2.45 petang baru kitorang balik,
tu pon sebab 3R dah kepenatan & mengantuk....

Masuk je dalam kereta semuanya pengsan...
Petang tu dorg bantai tido dari pukul 3
sampai la ke pukul 6...
Hamboiiii lepak betul....

Minggu depan rasa macam nak pergi lagi...
nantikan entri seterusnya ye...
Jumpa lagi...tata!!!!

09 November 2012

KAKAK BERTOCANG

Bagi yang selalu mengikuti perkembangan 3R di fb ummi,
mesti ramai yang dah tau pe'el si kakak ni...
Dia ni tak suka ikat rambut...

Usah kata ikat,
letak la reben ke, klip ke, headband ke...
Jangan harap dia nak pakai....
Kalau pakai pon ade la tahan dlm 2-3 minit...
Pastu dah sebok soh bukak...

Kadang2 bila ummi upload gambar 3R di fb,
dan bilamana si adik rambutnya bertocang,
orang mesti tanya kenapa tak ikat rambut kakak sekali?
Biasa la, kembar ni selalunya mesti sama kan...
Dan terpaksa la ummi explain yg si kakak ni tak suka ikat rambut...
Dia lebih suka free style gitu...

Kat bawah ni antara gambar2 yg pernah ummi muatkan di fb
dan ada yang komen kenapa kakak tak ikat rambut...
huhuhu....





Akhirnya petang semalam ummi berjaya menocangkan dia...
Sambil2 duduk layan Upin Ipin tu...
Amik getah...sauk rambut dia...nahh!!!!


2-3 minit lepas tu dia dah mula resah...
Tangan tu dah mula cuit2 tocang dia...


Hahaha!!
Terus je ummi alihkan perhatian dia...
Ajak la dia main apa2 semata2 nak bagi dia leka
dan tak sebok nak bukak tocang dia...

Wahhh...hari ini dalam sejarah!!!
Sudahnya sampai ke malam kakak bertahan dengan tocang duanya tu..
hihihi pasni kita boleh tocang selalu ye kakak!!!



Ok lah..
Itu saje entri kali ni...
Jumpa lagi, bye!!!