Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

05 November 2012

PUSARA TOK HABIB & ABABA

Sabtu, 3/11/12...
Pagi tu pergi sarapan di ZZ Mee Rebus Tulang..
Bangun pagi2 tiba2 tekak terasa sgt 
nak mengongkang tulang gear box tu...haihhh

~google~
Dalam perjalanan balik dan
ketika melewati Tanah Perkuburan Islam Mahmmodiah,
terus ummi ajak walid singgah kubur..

Perkuburan Mahmoodiah tu adalah tempat bersemadinya
arwah bapa/ibu mertua ummi...
Maka singgahlah kami melawat pusara mereka..
Dan ini merupakan kunjungan pertama kali 3R ke sini..

Dalam perjalanan nak sampai ke kubur tu,
panjang lebar jugaklah penerangan ummi...
Tujuannya nak bagi 3R faham apa makna tempat
yang kami kunjungi tu...
Lebih2 lagi ketika 3R lahir,
mereka tak sempat berjumpa dengan datuk & nenek mereka
yang dipanggil Tok Habib & Ababa...

Tok Habib 3R meninggal dunia pada tahun 2008,
manakala Ababa 3R pergi pada tahun 2010
iaitu sebulan sebelum 3R lahir...

Arwah Ababa pergi pada tanggal 29 Julai 2010
dan 3R lahir pada 29 Ogos 2010..
Hmmm sebulan je lagi kan...
Masih terbayang2 lagi betapa terujanya wajah arwah
ketika diberitahu yang ummi mengandung kembar 3..

Arwah siap bercita-cita lagi,
bila ummi bersalin nanti dia akan duduk bersama kami
utk tolong jaga cucu2 kembarnya...
Ternyata, semua hajat arwah tak kesampaian..
Allah lebih menyayanginya...
Perginya pon sekelip mata je,
pagi mengadu sakit perut,
petang pergi hospital,
malamnya meninggal dunia....
Alhamdulillah...rezeki dia pergi dalam keadaan yang senang.

Ok, berbalik kepada cerita hari Sabtu haritu...
3R pelik bila nampak batu2 nisan banyak2 kat situ...
Ummi kata itu semua 'rumah' org2 yg dah mati...
(terpaksa guna perkataan mati sebab 3R tak tau maksud 'meninggal')

Ummi kata kalau kita mati nanti,
kita duduk rumah macam ni lah...
Nak bagi dorang faham lagi,
ummi pon cakap la 
"kalau kita mati, macam ni la rumah kita"

Dan si kakak pon bertanya :
"kat rumah mati ada mainan tak?"

Si abang pulak bersuara :
"rumah mati dirty.."
~sambil tunjuk tanah kat kubur tu~

Haiiii la anak...
Masih terlalu mentah utk mereka memahami erti kematian..
Dan masih terlalu naif utk mereka faham
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan pergi
tatkala sampai waktu & ketikanya nanti...

Jom kita tengok2 gambar...
Errr maaf ye...
disebabkan kunjungan ke kubur ni tak dirancang,
maka 3R berseluar pendek je...


Kubur Arwah Tok habib & Ababa berdekatan...
Kalau lihat gambar di atas,
3R berada di kubur Ababa...
yang ada orang pakai baju belang2 yg terlindung dgn pokok tu,
itu adalah kubur Tok Habib..
Yang berbaju belang tu pembersih kubur...

Masa baru tiba kat kubur tu,
Walid ajar 3R kutip daun2 kering kat atas kubur tu...
Siap ajar soh bersihkan batu2 yang berterabur tu lagi...






Ada lah dalam seminit dorg buat benda2 tu...
Kutip daun, masukkan batu dalam kepok...
Lepas tu dah ke lain dah jadinya....




Kan? Dah jadi sessi bermain pasir pulak dah..
Sampai hitam kuku masing2 dok kaut2 batu & tanah tu...

Sebelum balik,
3R bacakan Surah Al-Ikhlas utk Tok habib & Ababa..
Alhamdulillah, 3R dh boleh membaca 
Surah Al-Ikhlas sampai habis..
Tapi membaca dengan bimbingan la...
Maksudnya, bila kita sebutkan pangkal ayat,
dorg boleh sambung ayat tu...
Contohnya, bila ummi sebut "QUL.."
dorang akan sambung & begitulah seterusnya
sampai habis satu surah
walaupun sebutannya tu pelat & adakalanya lintang pukang.


Al-Fatihah buat Tok Habib & Ababa...
Allahyarham Syed Abdullah bin Syed Ibrahim Alqudsi
&
Allahyarhamah Sharifah Badariah binti Syed Ahmad Alattas

1 comment:

Citarasa Rinduan said...

al fatihah bt kedua mertua lind.
(pandu nama sperti arwah bukan org sembarangan, sorry sbb leh lencong kat situ pulak)

bagus didik dr awal.. arwah ayah meninggal masa umur umai 3 tahun 4bulan kak terus ajar ke kuburan. soalan pun lebih kurang 3R..syukur skrg faham ttg alam lagi satu.. sis bw tiap hari jumaat ke pusara ayah mertua...