Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

17 July 2012

FAKTA : SANGAT BOSAN BERJALAN TANPA 3R


Ya Allah...
Bosan betul hari tu!!!

Oppsss sorry...
Lupa lak nk bagi salam..
Assalamualaikum kwn2 yg
ummi kasihi sekalian..

Haihhh bosan jugak merayap jauh2 tanpa anak-anak ni kan...
Ada sesetengah orang kata 
berjalan berdua tanpa anak-anak ni seronok...
Tapi bagi ummi...tak best la...
Rasa hambar dan bosan sangat!!

Alkisahnya...
Pada tanggal 6 Julai yang lepas,
ummi dan walid pergi ke Seremban...
Berdua-duaan lah pulak kan...
3R dan bibik2 tinggal kat rumah...
Sebenarnya bukan taknak bawak 3R,
tapi kami ke Seremban untuk menguruskan sesuatu,
perlu sign menyain agreement,
perlu turun naik pejabat,
perlu jumpa orang tu dan orang ni....
Haihh kalau bawak dorang kang kelam kabut la pulak...

Seawal jam 11.00 pagi kami dah bertolak ke Seremban..
Masa nak bertolak keluar dari rumah tu...
nasib baik 3R mood baik...
Bila cakap "ummi ngan walid nak pergi work",
masing2 tak la mengarok nak ikut...

Hadoiii...
Sepanjang perjalanan ke Seremban,
rasa macam kekok pulak berdua-duaan dalam kereta..
Ummi pulak bila walid tengah driving,
ummi tak suka tidur..
Ummi lebih suka layan dia berbual...

takde gangguan dr anak2 kan..so bole le possing2 cenggini

Satu je yang ummi tak suka..
Walid ni bila memandu tanpa anak-anak,
mulalah dia berasap je sepanjang jalan...
Lepas sebatang....sebatang...sebatang...
Kalau 3R ada dalam kereta,
boleh pulak dia tak merokok ek....


Tengahari tu bila sampai di Seremban,
kami selesaikan semua urusan secepat mungkin...
Nasib baik la orang2 yang janji nak jumpa semuanya on time...
Konon-kononnya berangan lepas selesai semua kerja,
ingat nak singgah Nilai 3...

Tapi entah kenapa ek?
Bila dah kat sana,
langsung takde mood nak singgah-menyinggah...
Otak ni lebih kepada nak terus balik rumah je...

Selepas dah selesai semua urusan,
maka pulanglah kami ke JB semula...
Dalam perjalanan pulang,
walid yang dah kepenatan singgah lelapkan mata jap
di R&R Ayer Keroh...

R&R Ayer Keroh Melaka
selepas bangun tidur
 
plastik kat seat belakang tu barang permainan utk 3R,beli kat R&R
 Dekat2 maghrib jugak la kami tiba di rumah...
Hihiii...
Sebenarnya waktu yang kami gunakan utk ke Seremban tu
lebih kurang sama je macam waktu ke pejabat setiap hari...
tapi 9 jam yang diperuntukkan utk ke Seremban tu
rasa macam lama betul....

Keesokan harinya...
puaslah 3R dapat berjalan-jalan...
Pagi2 lagi kami dah keluar rumah...
Pergi Jusco la, gi Plaza Pelangi la, gi KSL City la...
pergi window shopping...pergi makan-makan



 Ok lah...
Itu saja yang ummi nak kongsikan utk kali ini...
Kesimpulannya...
Berjalan tanpa anak-anak sememangnya dapat membangkitkan 
suasana dan mood romantik...
 
Tapi hakikatnya....
apabila tiada suara petah mereka, tiada gelak tawa mereka,
tiada suara tangisan mereka, tiada aksi nakal mereka..
Perjalanan teramatlah hambar dan membosankan....

4 comments:

mama maman aka yana said...

mmg rasa sunyi jika anak tiada disisi.... :-)

ADEEYA said...

Hehehe :)

Bonda Ryan said...

yesza!! bonda sokong 100% kak. dah terbiasa haruk pikuk..bila sunyi jer prjalanan tuh mmg terasa lah. Bonda pernah nekad g bercuti kat cameron..budget honeymoon..sat g tak sampai 24 jam lagik dah bosan n ajak balik.sudahnya kul4 pagi check out n balik untuk mlpaskan rindu pada 4 hero :P

Mama Kembar 3 said...

betul, betul, betul! tak best kalau anak anak tak dak skali, sunyi. kalau kluar pi shopping ke movie ke sejam dua ok laa gak. tu pun pandang benda apa pun tringat kat anak anak, kan? :-)