Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 June 2012

HADOIII...60 BATANG JARI

Hadoiiii la...
Ehh ni bukan nak merungut tau!!!
Cuma nak berkongsi cerita je...
Perihal 60 batang jari
yang perlu di settlekan pada satu2 masa...
haihhh ape lagi...potong kuku punya cerita la ni

Dulu2,masa dorang tengah baby...
memang senang nak kejekan kuku-kuku kenit ni...
Ummi pernah muatkan entri tentang potong kuku ni dulu...

Sekarang ni bila masing2 dah makin besar,
kerja memotong kuku jadi semakin sukar..
Mana taknya, masing2 hanya dapat bertahan 
duduk dalam keadaan diam dalam masa 1 minit je...
hmmm 1 minit tu pon sebenarnya dah kira lama..
Kadang2, baru ketip 1 jari,
dah sebok nak bangun...
Tak kiralah siapa pun,
baik kakak, abang mahupun adik.....

Justeru,
kerja-kerja mengetip kuku ni perlulah dilakukan
dalam situasi kesabaran yang sangat tinggi....
Huhuuuu...

Ok,ini gambar2 yang sempat ummi capture
pada hari Jumaat haritu,
di kala kuku-kuku mereka dipotong oleh Walid...

Untuk memastikan mereka diam 
dan tidak melakukan huru-hara 
ketika kerja2 mengetip kuku dijalankan...
Maka mulut masing2 haruslah disumbat dengan ting ting masing2...

Kakak ~operasi jari tangan~

Kakak ~operasi jari kaki~

Abang ~jari tangan~

Abang ~jari kaki~

Adik ~jari tangan~

Adik ~jari kaki~
Kebiasaannya..
Kerja2 mengetip kuku akan dilaksanakan oleh walid..
Sebabnya...
bila dengan walid, dorang ni "makan saman" sikit...
Kalau dengan ummi,
haihhh ada je pe'el-pe'el yang menguji kesabaran...

Kerja-kerja memotong kuku ni sebenarnya mudah..
dan akan menjadi lebih mudah sekiranya
semua memberikan kerja sama yang baik....
Tapi kadang2,
ada jugak berlaku kacau ganggu dari pihak lain,
Contohnya macam kat bawah ni haaa...

-

-

-

-


haihh..mengganggu konsentrasi walid la kakak ni
Hehehe...
Tu je lah nak cite...

Babai.....

1 comment:

NorMala Bahar said...

suka tengok raut wajah si kakak.. cantik.. adik dan abg pun comei.. bertuah ada anak yang comel2 dan sihat.