Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

21 June 2012

FATHER'S DAY DI LOTUS DESARU

Hai semua...
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!!!
Hari ni ada entri baru lagi..
Walaupun agak terlewat sikit dari hari kejadiannya,
tapi masih ok lagi la, belum berapa basi sangat...

Tanggal 17 June yang lalu...
kami sekeluarga telah bercuti ke Lotus Desaru, Kota Tinggi, Johor..
Lotus Desaru adalah sebuah pusat peranginan & percutian 
yang terkenal di daerah Kota Tinggi ni...
Pantai yang indah & panorama alam semulajadinya
menjadikan tempat ini sebagai
destinasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga...
Desaru ni bukan saja terkenal di kalangan penduduk tempatan,
tapi turut menjadi destinasi kegemaran pelancong asing
terutamanya dari Singapura...

Daripada rumah kami,
perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit..
Kami bertolak ke sana pada hari Sabtu, 16/6/12 jam 11 pagi..
Wahhh..3R kalau pasal berjalan naik kereta memang excited..
masing2 dah bangun seawal jam 8.30 pagi lagi,
sebab malam sebelumnya,
ummi asyik cakap :
"ESOK KITA PERGI MANDI LAUT NAIK CAR"
 agaknye tu yang mood nak berjalan meluap-luap tu..
tambahan plak dr malam dah tengok ummi packing baju,
siap bawak swimming suit, bawak lori korek pasir..
lagi lah berambah excited masing-masing....

kat basement parking rumah..tengah panas enjin kete

Sesampainya di Kota Tinggi,
jam baru pukul 12 lebih...
kami singgah dulu di Kampung Teluk Ramunia..
Teluk Ramunia tu kampung walid..
tapi bukan kampung asal la..
Ummi pernah muatkan entri tentang kampung walid ni dulu...
Keluarga walid ni asalnya dari Wadi Hanna, JB..
Kemuadian mereka berpindah ke Ramunia...
Kami memang dah lama tak balik ke Ramunia..
semenjak arwah ibu/bapa mertua ummi meninggal.
Sekarang ni yang tinggal di kampung
hanya abang Walid yang no. 4...
5 orang lagi adik-beradiknya termasuk walid menetap di JB..
So mereka selalu berziarah kat JB je..

Seronoknya sesekali balik kampung..
kampung walid ni letaknya tepi laut...
Bila angin laut sepoi-sepoi bahasa menyapu pipi gebu ummi ni...
ahhhh nyaman nya...
3R pon nampak hepi sangat..
mana taknye, rumah kita kat Jb "rumah kotak"...
tak jumpa tanah, tak jumpa pasir...
bila sesekali jumpa tanah....haihhh bergumbiralah mereka!!

 
 Malangnya kami singgah tak lama pon,
sebab pukul 3 dah nak check-in kat Desaru pulak..
Nasib baik la Teluk Ramunia ke Desaru tak jauh,
dalam 20 minit perjalanan je...
Tapi walaupun masa menyinggah tu singkat,
puas hati la jugak sebab dapat jumpa ramai saudara mara walid..
Dapat ziarah abang ipar, ziarah Ami Jang, Ami Mansor,
Enda Timah, Enda Bakariah dan lain-lain lagi..
~dalam keturunan Arab, Ami bermaksud 'bapa saudara'
dan Enda bermaksud 'ibu saudara'~
Seronok mereka semua dapat jumpa cucu-cucu kembar...

Lebih kurang jam 2 petang,
kami bertolak pula ke Desaru...
Sepanjang perjalanan, 
kami menikmati panorama lautan yang indah..
dengan pokok rhu nya, dengan pohon kelapanya..
Subhanallah...indahnya ciptaan Dia..

 
otw Teluk Ramunia - Desaru...adik kat belakang dgn bibik

Setibanya kami di Lotus Desaru,
jam menunjukkan pukul 3.30 petang..
Kami check-in lewat sikit 
sebab singgah lunch dulu di Bandar Penawar...
masuk2 aje dalam kawasan Lotus tu,
mak aihhhh punya la banyak kereta..
Kereta Malaysia boleh dikira dengan jari,
yang selebihnya semua kereta Singapore...
Sampai aje kat lobby...lagi lah crowded..
masing2 menunggu turn utk check-in...
Berbual2 dengan orang2 kat situ,
barulah ummi tau rupa2nya kat Singapore tengah cuti sekolah..
patut lah ramai Singaporean kat sini...



 Sementara tunggu walid beratur untuk check-in,
3R main2 dulu kat playground..
Mini playground ni kat sebelah lobby je...
Duduk kat lobby dengan sesak dgn ramai orang,
baik la main jongkang-jongkit kat sini...huhu


Setelah lebih setengah jam menunggu,
akhirnya dapat jugak check-in...phewww!!
Kami memilih apartment 2 bilik...
hmmm..kira ok jugak la apartment nye...
tapi sayang, it's not sea view...it's jungle view :(

bilik kami anak-beranak

bilik bibik-bibik
Masuk bilik, letak barang, rehat2 lebih kurang...
kami teruskan aktiviti percutian kami..
huhuu datang tempat macam ni 
kalau takat duduk memerap dalam bilik je
baik takyah kan... 
So ape lagi!!!!!
Jom pergi mandi-manda!!!!


3R dan Bibik Yaya

berjalan di dalam air



masing2 nk jln sendiri..takmo pimpin


 Lepas dah puas main air kat theme park,
kami ke pantai pulak...
Tapi tak mandi laut pon,
ombak besar sangat...
3R pon takut dengar bunyi ombak...
So main2 pasir je kat tepi pantai tu...




Sampai dekat-dekat nak maghrib jugak la kami bercanda kat situ..
Kat pantai tu ada macam2 aktiviti,
ada banana boat, jet ski, boat parachute..
so tak boring la 
sbb dapat tengok pengunjung2 lain main benda2 tu...

Malamnya, tak ada aktiviti apa pon...
lepas balik dinner, lepak2 dalam bilik je..
lagipun 3R dah kepenatan sehari suntuk berjalan,
dengan main airnye lagi...
So duduk kat bilik tengok tv je...

Besoknya,
aktiviti nya sama macama semalam jugak...
Air...Air...Air...
haihhh punye la syok 3R main air..
sampai jari sema dah kecut pon takmo naik2 jugak!!!
Bila kena paksa naik...
ginilah jadinye...................

sessi menangis secara berjemaah

Alhamdulillah..
percutian singkat yang menyeronokkan!!
Secara tak langsung dpt jugak la kami 
celebrate Hari Bapa utk walid kat sini...
Walaupun kepenatan,
tapi seronok dapat menghabiskan 
masa yang berkualiti bersama keluarga...

Otw nak balik semula ke JB,
kami singgah sekejap kat tepi jalan...
nak bagi 3R tengok laut puas2...
kelakar pulak bila dengar kakak cakap :
"BABAI LAUT..ESOK KAKAK DATANG LAGI EAA"


Itulah serba sedikit catatan ummi di sepanjang percutian kami..
Kita jumpa lagi di lain masa 
dengan cerita2 yang lain pulak ye...
Wassalam!!!



7 comments:

eMMe said...

sunuknye.. bwk triplet jenjalan... cute!! rezeki akak murah..ade bibik2 lagik... kalo kite je handle mau kelam kabut jugak dibuatnye kan kak...

NunAlifNunAlif said...

hehee..br balik exam singgah blog kak linda..

Alahai, tergelak part nangis secara berjemaah tu..hahaaaa! hilang kusut2 kat kepala maknana ni taw...muaaah3x..

ADEEYA said...

Bestnyaaa... Lama dah tak mandi laut ni.. Huhuhu

NorMala Bahar said...

alahai.. tiga2 nak manja2 ngan walid.. comei..

the triplets said...

Comellah 3R

SaRaH SaLiHaH said...

Assalamualaikumm..
sy penggemar blog baru awak..
hehehe..seronok tgk keluarga awak..
semoga btambah2 bahagia dan rezeki..
muah2 utk 3R..

Fiza Rubaai said...

sgt nice entry. seronok baca :)