Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

23 May 2012

1y 9m

Sedar tak sedar,
dah nak masuk 2 tahun dah usia anak-anak ummi...
Tanggal 29 Mei 2012 nanti,
maka genaplah 3R berusia 1 tahun 9 bulan...

Dan pagi tadi, pada tanggal 23/5/2012,
sekali lagi kami ke Klinik Kesihatan utk pemeriksaan rutin 3 bulan sekali..
sewaktu masing2 berusia 1 tahun 6 bulan...

Pagi ni agak kelam kabut sikit...
Sebab kebetulannya hari ni office ummi mengadakan Konvensyen KIK...
Bagi yang berkhidmat di sektor awam
mesti dah biasa dengar pasal KIK ni kan..
Bagi yang tak tau apa itu KIK, sila klik di sini ye....

So memang kelam kabut sikitlah pagi ni...
Pagi2 lagi dah terpaksa berkejar ke office,
tengok apa yang patut,
dan berkejar pulak ke JOTIC, tempat berlangsungnya KIK...
Lepas tu baru lah balik rumah ambil 3R utk dibawa ke klinik...

Temujanji di klinik sepatutnya jam 8 pagi...
Tapi disebabkan ke sana ke mari punya pasal,
jam 9 pagi baru sampai klinik...


Dan seperti mana yang telah diduga,
dah agak ramai orang sedia menunggu...



Dan kami mendapat giliran ke 35,
sedangkan pada waktu itu baru tiba giliran ke10...


Hmmm...takpelah,
selalunya asyik dapat nombor awal2 je,
ni sesekali dapat nombor besau2 ni,
kena sabar & redha je lah....

Dan hari ni pulak...
3R agak moody sikit gara2 masing2 tak cukup tido..
Haaa tu lah,
semalam ummi suruh tido awal,
masing2 bukan main ligat...
Dah sejam matikan lampu pon masih takmo tido gak..
Haa kan pagi ni bateri tak fully charged...




Uihhh...
Tapi sekejap aje monyok nye...
Dah lama2 sikit, bila enjin dah panas..........





Maka bermulalah sessi 'melawat kawasan'...
Yang paling mereka suka bila dapat tengok baby yang ramai kat situ..


Tak lama lepas tu,
nama 3R dipanggil utk sessi timbang-menimbang...
Adoiii berpeluh jugak ummi masa ni...
Mana taknya, bila nama dipanggil,
dan bila kami bawak tiga2 ke tempat menimbang,
semua mata dok memandang..
Daripada orang awam, nurse, sampai la ke cleaner,
semua dok memerhatikan 3R...
Bila dah situasinya macam tu,
mulalah 3R ni buat perangai mengada-ngada dia...
Kakak

Abang

Adik

Masing2 buat pe'el takmo berdiri atas penimbang...
Ada yang keraskan badan...ada yang lembikkan badan...
Haihhhh...

Hasil timbangan hari ni...
Kakak - 11kg
Abang - 10.5kg
Adik - 10kg

Tak tau la accurate ke tak bacaan tu...
sebab masing2 meronta2 & tak berdiri dengan statik atas penimbang tu...
Hmmm..kira lebih kurang halal lah tu...

Selepas diambil timbangan,
sementara nak tunggu giliran masuk ke dalam bilik pemeriksaan pulak,
semua sebok nak main kat luar pulak....














Lama jugak la menunggu,
barulah giliran kami dipanggil...
Huihhh kali ni macam lama pulak kami kat dalam bilik pemeriksaan tu..
Mana taknya,
nurse2 kat dalam tu semua interview ummi macamana boleh dapat kembar 3...
dan kebetulannya pulak,
ada 2-3 orang nurse kat situ yang sedang dalam proses TTC..
excited lah dorg bila dapat tau ummi sendiri menunggu 6 tahun utk dapatkan triplets..
hadoiii macam2 soalan dorg tanya...
ada yang siap ambik no. telifon lagi...
Tapi ummi tak kisah,
ummi suka sebenarnya berkongsi pengalaman macam ni...
Lebih2 lagi dulu pon ummi pernah alami benda yang sama macam dorg...

Alhamdulillah....
Sampai pukul 11 pagi kami berada di klinik tu...
Semua urusan telah selesai,
3R pun menunjukkan graf perkembangan & tumbesaran yang baik...
Dan hari ini,
buat pertama kalinya 3R kena makan ubat cacing...


Ubat cacing ni ada 2 opsyen...
Boleh minum di klinik atau boleh dibawa balik minum di rumah...
Ummi memilih utk bawa balik rumah...
kalau minum kat klinik kang,
buatnya semua buat hal mengamuk taknak minum...
Maunya bingit satu klinik...

Ok lah...
Demikian sajalah update untuk hari ini...
Temujanji berikutnya tiga bulan lagi...
iaitu pada 15 Ogos 2012 nanti...
belek-belek kalendar, halamaaakkkk!!!
3 hari sebelum raya tu!!!
takpe lah, kira ok lah tu...
tahun lepas lagi la pulak...sehari sebelum raya

Ok lah..kita jumpa lagi di lain entri ye...
Wassalam

balik dr klinik singgah sarapan 'loti nanai' aka roti canai

1 comment:

syiela said...

salam

Alhamdulillah dah besar 3R ni... jenuh juga nak kawal ye sementara nak dapat turnkan..

** saya kalau time Dable H kena checkup hubby pergi ambil nombor dulu pastu agak2 nak sampai turn baru kami bertolak ke klinik :)