Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

14 May 2012

CERITERA 13 MEI 2012

Hari Ahad 13 Mei hari tu,
bangun2 tidur je ada orang tanya...

"Hari ni Mother's Day, ummi nak hadiah ape?"

Erkkk...Mother's Day ke?
Huhuukkk haram tak ingat....
Sekali bila tengok kalendar kat hp,
ha'ah la...hari Ahad minggu kedua..
Ooo betul la Hari Ibu...

Dalam hati ni tertanya-tanya jugak...
Waahhh dahsyat betul suamiku...
Ingat pulak dia tarikh2 camni..
Birthday dia sendiri pun kadang2 dia lupa....
Tetiba dia boleh ingat plak pasal Mother's Day sema ni...

Dan dalam keadaan mamai-mamai ubi ummi pun bertanya...
"Camne walid boleh ingat hari ni hari ibu??"
Dan dengan selamba badaknya dia menjawab...
"dengar dalam radio semalam..." 

Hukk alooorrhh...


Ingatkan betul-betul la dia ingat...
Rupanya dengar dalam radio...
Tapi takpe lah....
Sekurang-kurangnya dia ingat jugak...
Dan ada inisiatif untuk bertanya sang isteri nak hadiah apa....

Lagipon ummi faham...
Kerjaya walid ni sering menuntut dia untuk banyak berfikir...
Dalam kepala dia tu ada macam2 benda dia kena fikir...
Mana nak fikir pasal kerja lagi, pasal client,
pasal court case, pasal family, pasal bla bla bla...
Jadi ummi tak kisah pun kalau dia terlupa sesetengah benda,
apatah lagi kalau benda tu tak berapa penting...
Berbalik pada cerita Hari Ibu...
Tahun ni tak payahlah berhadiah bagai...
Tak payah la celebrate...
Lagipun tahun lepas walid dah bagi hadiah sempena Hari Ibu...
dan hadiah tu pun sebenarnya kebetulan sebab ummi baru melahirkan 3R..
Hari Ibu tahun lepas  tu kira excited sikit la 
sebab first time orang meraikan kita sebagai ibu...
Tapi tahun ni macam tak berapa nak excited sangat la...
Perasaan tu biasa2 je.... 
Walau macamanapun,
ummi tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Allah,
kerana telah memberi anugerah-anugerah ini buat ummi...
Alhamdulillah...Syukur Ya Allah!!!

Tarikh Hari Ibu tu...
kebetulannya waktu tu kami berada di kampung...
Hari Sabtu 12/5/12 kami sekeluarga balik kampung di Pontian Johor..
menziarahi nenek ( Tok Ibu ) ummi yang kurang sihat...
Tok Ibu tu merupakan ibu kepada papa ummi...


(Haa...inilah Tok Ibu ummi...ni gambar masa 3R berumur 10 bulan..)

So hari sabtu hari tu kami tidur la satu malam di kampung...
Bukan main suka Tok Ibu melayan cicit kembar dia ni..
Alhamdulillah...
Ceria & sihat nampaknya Tok Ibu...


Yang si kenit 3 orang tu pulak...
Bukan main suka semua sesekali balik kampung....
Almaklumlah, rumah kami tak ada tanah...
Bila sesekali jumpa tanah...
bukan main ligat la masing-masing....



Gambar kat atas tu masing-masing baru bangun tidur...
Bangun2 je semua sibuk nak keluar...
Nampak pulak kat luar tu moyang dia tadah air hujan...
So apa lagi...main air lah jawabnya....

Bila dah mandi & dah sarapan...
Ingatkan nak ajak dorang lepak2 dalam rumah je...
Hohh tak nak la pulak duduk dalam rumah...
Nak keluar la pulak...







budak bandar masuk kampung..abis dahi kena attack nyamuk






On the way balik ke JB,
sempat pulak kami singgah ke Taman  Negara Tanjung Piai..

"Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka." (sumber : Wikipedia)

Dah lama sebenarnya wujud National Park ni...
tapi baru ni lah pertama kali nak pergi...
tu pun sebab nak bawak 3R tengok2 panorama hutan...
-google pic-


 Jenuh jugak nak berjalan sampai ke hujung tu...
Tapi seronok la...
dapat la 3R tengok hutan bakau,
tengok spesies2 haiwan paya bakau,
dan dapat menikmati kehijauan alam...



Fuhhh...memang berpeluh jugak la nak sampai ke hujung tu..
Nasib baik laluannya mudah utk bawa stroller..
So sumbat aje lah tiga2 anak ummi dalam stroller...
Ok...jom layan gambar jom...







Bibik2 pon pose jgk...BIKIN KENANGAN katanye

Itulah aktiviti kami weekend aritu...
Seronok melihat 3R yang teruja dengan aktiviti baru seperti ni..
Walaupun dalam keadaan kepanasan,
masing-masing nampak happy sangat...

Sewaktu di sana,
ada 3 keluarga minta izin utk ambil gambar 3R...
Dua dari Singapore & satu keluarga lagi dari Melaka..
Fuhh..mujur anak-anak ummi tak buat hal...
Dorang ni kan takut orang sikit,
takut gak time orang nak ambik gambar tiba2 dorg menangis...
Tapi nasib baik semuanya steady...
Si Abang siap tunjuk sign PEACE lagi...huhuuu

Ok lah...
Nampaknya setakat ini saja entri ummi untuk kali ini...
Dan secara rasminya,
pada tanggal 13 Mei 2012,
3R telah berjaya menjejakkan kaki 
ke Penghujung Benua Asia...
Cheewaaahhhh...




4 comments:

mama shifa said...

ala jelesnyer ngan 3R
nama jer kg babah shifa kat benut tapi tak pernah pergi pon
WAJIB pergi lepas ni...

Syazny said...

teringin nak g penghujung selatan benua asia ni..menrik & tertarik :-)

UMMI 3R said...

mama shifa...saya pon sama, nama je kampong atok kat pontian tp sebelum ni tak pernah sampai pon...tiba2 je aritu macam teragak nak pergi..takpe, lepas ni mama bole bawak shifa gi tengok pokok & monyet kat situ...

UMMI 3R said...

jom jom..sesekali melayan flora & fauna