Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

06 March 2012

JALAN-JALAN DI HARI MINGGU

Hai semua...
Bersama ummi lagi di entri baru!!!
Hamboiii kemain semangat ummi update entri baru tau...
Hari tu bukan main bersawang blog ni ummi kejekan..
Hahhh sekarang ni hambik kau!!! asyik menghapdet je plak kejenye...

Ok, kali ni ummi nak cerita tentang aktiviti kami pada weekend yang lepas...
Aktiviti ummi bersama 3R pada 3/3/2012 yang lepas....

Hari sabtu hari tu, 
pagi2 lagi ummi dah bangunkan dorg...
Sebabnya opis ummi ada buat program J-Robik di Tasik Merdeka...
Bagi yang tak tau apakah itu J-Robik..
meh baca info ni dulu...
Kalau taknak baca pon takpe, skip aje ke bawah... :-)

J-Robik atau Johorobik adalah satu aktiviti berteraskan riadah dan kebudayaan yang diperkenalkan hanya di negeri Johor. Program dan aktiviti kecergasan ini mampu menarik minat dan dapat di sertai oleh semua lapisan masyarakat khasnya di Negeri Johor Darul Ta’zim.
Antara elemen-elemen utama dalam pergerakan J.Robik ini ialah asas tarian Zapin, Silat Sendeng, Tai Chi, Aikido dan Silambam, yang melambangkan budaya dan identiti pelbagai bangsa di Malaysia.
Setiap pergerakan J.Robik ini adalah mengambil kira tahap koordinasi tubuh badan manusia yang merangkumi Fasa Pemanasan Badan, Fasa Rengangan, Fasa Aerobik, Fasa Suaian Fizikal dan Fasa Regangan. Setiap Fasa ini telah digabungkan dengan muzik dan rentak yang berimejkan budaya Negeri Johor.
Sejak tahun 2003, J-Robik sudah disemarakkan ke peringkat sekolah dan berjaya diperkenal, diperkembang dan dipopularkan di kalangan generasi muda ke arah gaya hidup sihat dan cergas.
Kini, J-Robik dijadikan sebagai amalan sihat yang dilaksanakan di pelbagai peringkat institusi dan daerah di negeri Johor merangkumi sektor Pendidikan, Sektor Awam, Sektor Swasta dan Sektor NGO.

Maka pada hari sabtu tu pon,
ummi pon angkutlah 3R ke Tasik Merdeka tu sekali... 

J-Robik di Tasik Merdeka Johor Bahru

Sewaktu ummi sedang berJ-Robik,
walid lah yang melayan 3R ke sana ke mari...


J-Robik berlangsung selama 1 jam...
Fuhhh sesekali mengeluarkan peluh...berbaloi-baloi!!!
Rasa sedap sket badan...hihi

Sebahagian dari rakan2 sepejabat..ummi yg pakai kasut tali pink tu

Selesai acara, kami teruskan dengan agenda kami sendiri...
Bermain-main di tengah padang...weee!!!!

Ummi & 3R

Kakak

Abang

Adik ( ouhhhh...dont look at my hair )
 Seronok melayan dorg...
Almaklum la...budak bertiga ni dibesarkan kat rumah yg tinggi...
Rumah yang tak jumpa tanah....
So sesekali jumpa tanah, sakan la dorang berlari...

Lepas berlari, main cabut2 rumput pulak...




Raiyan tengah membelek-belek rumput..kesian anakku jakon ngan rumput

Lepas tu kami berjalan-jalan sekitar tasik...
Seronok ummi tengok anak-anak ummi happy...

Adik & ummi


Adik
 
Kakak


ummi & 3R

Kakak & Adik...sehati berdansa

abis tangan comot main tanah

 Dah penat  berjalan keliling tasik..
Kami singgah sarapan di Restoran Dayang Catering,
restoran ni letaknya di kawasan tasik ni jugak...


Anak-anak ummi pon sarapan jugak...
Makan nasi lemak & ikan bilis...
Mula2 elok je makan kat meja...
Dan2 dua tiga suap je terus sibuk nak berjalan...
Terpaksa la bibik-bibik melayan dorang makan sambil berjalan-jalan...
 



Selepas dah puas merayap keliling tasik,
destinasi seterusnya adalah ke Zoo Johor..
Hehe..alang2 dah keluar berjalan camni...kita merayap sampai lebam!!

 Sebenarnya kunjungan ke Zoo Johor ni adalah kunjungan kali kedua utk 3R..
Ummi dah pernah bawa 3R ke sini pada Oktober 2011 yang lalu..
Kira2 nya masa tu umur 3R baru 1 tahun 2 bulan...
Kat bawah ni semua gambar2 masa kami ke zoo pada Oktober 2011...
Layan dulu ye....





Masa tu 3R ni masih belum berapa excited lagi dengan haiwan2 kat zoo tu...
Tengok gimau, tengok beruang, tengok singa..macam takde perasaan jek..
Si adik tak sampai setengah jam dah tertidur...hmmmm
 


Hari sabtu 3/3/2012 yang lalu...
Kunjungan kali ni nampak la meriah sikit...
Sebab 3R dah kenal dengan tiger, lion, bear, bird, elephant...
Excited sangat dorang menengok binatang2 tu semua....


masing2 dah kepenatan sebab dah puas berjalan kat tasik









Ok lah...
Rasanya sampai sini je entri ummi utk kali ni...
Ada banyak lagi entri yang bakal menyusul selepas ini,
nantikan ye...


Kita jumpa lagi...

3 comments:

PutriesNoora said...

alahai comelnya...noora nak gak kembar 3 mcm gini!huhu...hari2 tahan geram...=D

Dahlia Sayang said...

noora pun nak ke??
kita pun nak jugak..
hehehe

Izzan Yong Rosdin said...

izan anak baru sorang ppon kemas rumah tak habis2... nie pulak 3 kene kuat mental & fizikal nie..