Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

29 November 2011

HOHHH...BIBIK RABUN LA PULAK

Alahai bibik...
Kenapa la tak cakap dari dulu...
Kalau cakap dari dulu kan senang.....


 
Hmmm....hari ni ummi nak story sikit kisah si bibik ni....
Setelah setahun si Bibik Dasem ni bekerja dengan kami,
baru ni dia mengaku yang dia tu sebenarnya rabun....

Patut la selama ni bila nak sukat air buat susu,
dia rapatkan botol susu tu betul2 depan batang hidung...
Rupa2 nye tahap kerabunan dia agak kuat la jugak...
Ditambah lagi dengan faktor usia....

Kadang2 puting 3R bersepah depan mata dia pon dia tak nampak...
Apatah lagi kalau benda2 yang kecik & halus,
contohnya nasi berterabur atas carpet,
biskut bersepah atas lantai,
lagi la dia langsung tak nampak....

So hari tu kami pon bawak la dia pergi cek mata...
Memang sah!!!
Rabun dekat dan rabun jauh...
Power 150/120...

So nak tak nak terpaksa la buatkan jugak cermin mata..



Haaa gambar2 kat atas tu masa si bibik tengah dok pilih2 frame..
Tukang pilihnya si bibik yang sorang lagi tu, Bibik Yaya...

Dan sekarang...
Dengan rasminya si bibik ni dah bercermin mata...


Huhu...
Takpe lah bik...
Walaupun duit melayang sebab tengah2 bulan buat cermin mata kamu...
Janji kamu kerja rajin2 ye bik..
:-(
 


18 November 2011

DEMAM MOTOR

Hai semua...
Jumpe lagi kite kali ni...

Alhamdulillah, banyak sungguh feed back yang ummi terima rentetan dari entri ummi yang lalu tentang kisah hidup ummi sebelum kehadiran 3R...Terima kasih ummi ucapkan kepada semua pembaca yang sudi memberi maklum balas positif. Ramai juga rakan-rakan yang senasib dengan ummi turut sama memberi pandangan & pengalaman masing-masing. 

Ummi minta maaf ye, bagi mereka2 yang ada bertanya soalan melalui email, ummi mohon maaf sekiranya soalan anda tak mendapat respon...sebab ummi ni errrrr minta maaf cakap la, memang tak pernah bukak email..hehehe. Ummi terperanjat jugak bila ada yang cakap kenapa ummi tak respon pertanyaan yang dorang emailkan pada ummi...

So kepada sesiapa yang ada sebarang persoalan atau nak bertanya tentang rawatan yang ummi buat, ummi sarankan anda INBOX saja di fb ummi...sesiapa saje boleh inbox walaupun anda tidak berada dalam friend list ummi. Insya'Allah ummi bersedia untuk berkongsi apa saja pengalaman ummi.

Ok lah...hari ni ummi nak bercerita lagi tentang 3R...sekarang ni 3R dah berusia 1 tahun 2 bulan...Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, ada je perkembangan dorang yang membuat ummi tersenyum....sama la macam anak2 anda semua jugak kan? Mesti ada je kemahiran baru yang dorang dapat dan akan membuatkan kita rasa terhibur.

Haaa tau tak? 3R sekarang ni dah kemaruk dengan motor tau...Alkisahnya, dulu-dulu sebelum ada 3R (rasanya 4-5 tahun dulu kot), walid memang ada pernah beli motor. Motorsikal biasa je, konon nya dulu beli untuk berulang-alik pergi kerja...tapi sudahnya motor tu buat tukun je, tak guna sangat pon...

Tiba-tiba aritu walid berkeinginan plak nak repair balik motor dia tu...katanya nak guna untuk pergi surau atau pergi kedai...maka setelah direpair dan dimake-up sikit2, motor tu pon dapatlah bergerak semula...huhuhu


3R pon mula la diperkenalkan dengan motor antik walid tu...hihi masa first time bawak dorang round2 naik motor, tiga2 senyap sepi membatukan diri...duduk diam, keras je....


Huhuhu ummi pon jadi kekok bila terpaksa pangku 3 orang kat belakang...
Rasa gayat pon ada...

Sejak-sejak dah pandai naik motor ni
adoiii asal kemane-mane aje pantang dorang nampak motor...
Asal nampak motor je mesti mulut masing2 dok bubbling BROOMMM BROOMMM...
Petang2 lepas ummi balik keje, tiga2 sebok nak broomm broomm...
kalau tak dapat round2 pusing kondo, duduk melepak atas motor pon jadik la..





Masa kami bawak 3R jalan-jalan wiow shopping kat Danga City Mall aritu,
kebetulan ada motor show kat situ...
Apa lagi, bukan main suka la masing-masing tengok motor banyak2 kat situ..







 

Ok...itu saja entri untuk kali ini...
Kite jumpe lagi di lain entri ye...
tataaa...

08 November 2011

UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG SEDANG MENANTI

Maafkan ummi seandainya entri kali ni agak tersasar jauh dari cerita 3R...Ya, saban kali ummi katakan, blog ini ummi khususkan untuk setiap hari-hari yang ummi lalui bersama Raniya, Raiyan dan Raiyna. Blog ini seumpama diari, setiap perkembangan 3R dari hari ke hari, ummi akan abadikannya di sini. Tujuannya bukan semata-mata untuk berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua, tetapi ummi sebenarnya ingin mengabadikan kisah hidup 3R, supaya mereka kelak dapat mengimbas bagaimana hari-hari yang ummi lalui sewaktu membesarkan mereka. Hajat ummi, semoga bila mereka besar nanti, meraka akan tersenyum sendiri tatkala membaca blog ini. Bila tiba saatnya Allah menjemput ummi nanti, sekurang-kurangnya ada kenangan yang dapat ummi tinggalkan untuk Raniya, Raiyan dan Raiyna...

Alhamdulillah, ummi tahu ramai yang suka mengikuti perkembangan 3R. Terima kasih ummi ucapkan kepada semua yang sentiasa mendoakan keluarga kami. Benar, ummi amat bersyukur dengan kebahagiaan yang Allah kurniakan buat ummi & walid dengan kehadiran Raniya, Raiyan & Raiyna!!!

Tapi, tahukah kalian semua, kami pernah mengharungi hari-hari yang sukar sebelum kehadiran mereka???

Ummi secara sah menjadi milik walid, lelaki yang bernama Syed Muhammad Ridza bin Syed Abdullah pada tanggal hari Khamis, 25 Disember 2003 ( bersamaan 1 Zulkaidah 1424H ).


Alhamdulillah, ummi amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Habibi ( nama panggilan dari ummi untuknya ). Kenapa ummi rasa berbangga kerana dijodohkan dengan Habibi?? Ummi tidak mahu mengangkat sifat-sifat dan pekertinya di sini. Bagi ummi, biarlah segala sifat, sikap & apa jua kebaikannya ummi simpan sendiri. Cuma apa yang membuatkan ummi terharu, Habibi adalah seorang suami yang dapat menerima SEMUA kekurangan diri ummi....

Sebelum berkahwin, iaitu pada bulan April 2003, ummi pernah dimasukkan ke I.C.U Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana demam berpanjangan & jatuh pengsan secara tiba-tiba. Waktu tu ummi sedang bertunang dengan Habibi, dan arwah Mama pula baru 7 bulan meninggal dunia.

Setelah seminggu berada di ICU, doktor mengesahkan ummi menghidap penyakit Diabetes atau kencing manis yang sangat serius. Waktu itu, usia ummi baru 22 tahun. Dan doktor mengdiagnosis penyakit itu sebagai penyakit keturunan kerana Arwah Mama juga merupakan penghidap penyakit itu.

Dalam usia 22 tahun, ummi terpaksa bergantung hidup dengan suntikan Insulin sepanjang hayat. Ok, ummi redha!!! Setelah keluar dari hospital, ummi perlu menjalani rutin kehidupan harian sebagai seorang penghidap kencing manis seawal usia 22 tahun, dan perlu menyuntik insulin sendiri, 2 kali sehari....

Setelah berkahwin, doktor menasihatkan agar kami merancang untuk tidak mempunyai anak dalam masa terdekat, sehingga kencing manis ummi benar2 terkawal...Alhamdulillah, walid yang pada ketika itu telah hampir usia 30 tahun tidak membantah. Kami meneruskan fasa perkahwinan kami dengan bahagia.






Masuk usia perkahwinan yang ke-3, ummi rasa telah mula bersedia untuk mempunyai zuriat, tambahan pula ummi rasa yang kencing manis ummi telah mula menunjukkan tahap kawalan yang baik. Namun sayangnya, pada ketika itu Allah masih belum mengizinkan kami.

Maka bermulalah episod kesedihan jauh di sudut hati ummi. Ummi ni pada zahirnya kelihatan selamba. Tanyalah dengan sesiapa yang mengenali ummi, ummi ni jenis manusia yang sentiasa happy dan jarang menunjukkan kesedihan dengan sesiapa. Tapi hakikatnya, hanya Allah yang tahu betapa halusnya hati ummi ketika itu.

Di saat orang lain yang berkahwin serentak dengan ummi sudah punya anak, hati perempuan ummi menjerit-jerit!!!! Kenapa Tuhan tak bagi aku??? Itulah yang selalu ummi katakan pada diri sendiri.

Masuk usia perkahwinan ke-4, naluri ummi semakin mencanak-canak inginkan zuriat. Pada tahun inilah, ummi mula menunjukkan rasa protes pada diri sendiri. Mula menjauhkan diri dari saudara-mara, mula malas pergi jemputan kahwin, mula malas join reunion itu dan ini, semata-mata tidak sanggup melihat orang lain bergembira membawa anak... Ohhh hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dalam hati pada waktu itu..even tengah makan kat warung, orang meja sebelah bergurau-gurau dengan baby mereka pun, air mata ummi boleh bergenang...

Masuk usia ke-5 perkahwinan kami, ummi sudah mula berfikir jauh. Sampai bila harus macam ni..Ummi kesiankan Habibi, waktu tu usianya dah 30 lebih, pendek kata kalau kami punya anak di awal perkahwinan dulu, anak kami dah nak masuk sekolah tadika...

Pernah sewaktu kami lalu di sebuah lampu isyarat di kawasan Larkin JB, ummi menyuarakan hasrat ummi untuk membenarkan Habibi kahwin lain. Waktu tu lampu tengah merah, bersungguh2 ummi suruh Habibi kahwin lain. Ummi bukanlah ingin mengangkat diri ummi sebagai seorang wanita solehah yang bakal mendapat payung emas di syurga...tidak!!! Tidak sama sekali. Cuma ummi kesian sangat dengan Habibi...Pada zahirnya memang dia selalu cakap TAK KISAH..TAK KISAH..KITA ENJOY DULU..KITE RELAX DULU... Tapi persoalannya sampai bila? Sampai bila nak tunggu? Sampai bila nak enjoy? Sampai bila nak relax sedangkan umur masing-masing makin lama makin meningkat?

Lepas ummi suarakan pada Habibi suruh dia kahwin lagi, dia berhentikan kereta ke tepi...Dia genggam tangan ummi & dia peluk ummi. Ummi nampak air mata dia bertakung. Dia kata jangan cakap pasal tu lagi...Tapi ummi ikhlas, ummi suruh dia cari mana-mana perempuan yang baik...cari lah perempuan mana yang dia nak, ummi sanggup pergi pinangkan. Sekurang-kurangnya dia akan dapat anak dengan perempuan tu nanti. Anak dari darah daging dia sendiri, walaupun bukan dengan ummi. Sekurang-kurangnya anak tu nanti akan berBin dan berBinti kan dia.

Alhamdulillah...tak lama lepas tu, Allah kurniakan anak buat kami...anak yang ditumpangkan sekejap saja di dalam rahim ummi...Masuk usia kandngan 9 minggu, Allah ambil semula anak tu....Ummi sedih sangat waktu tu...sesuatu yang ummi tunggu selama 5 tahun akhirnya pergi macam tu aje. Ummi nampak sendiri daging-daging tu keluar. Ummi rasa macam orang gila bila ummi bercakap dengan daging yang dah hancur tu...ummi cakap kenapa kau tinggalkan ummi? kenapa kau bagi harapan kat ummi? kenapa kau tak membesar dalam perut ummi?? kenapa? kenapa?

Masuk tahun ke 6 perkahwinan....ummi dikejutkan dengan berita kehamilan seorang sahabat yang dikurniakan kembar lelaki setelah 5 tahun berkahwin. Melalui sahabat itulah, ummi rasa ingin mencuba rawatan yang sama. Sekali lagi ummi sedih. Sedih kerana tidak mendapat sokongan dari Habibi. Dia enggan mencuba, mungkin kerana telah jemu atau mungkin kerana dah malas.

Rupa-rupanya ummi silap, Habibi tak nak cuba rawatan tu sebab takut ummi kecewa seandainya rawatan tu tidak berjaya. Ya, memang ada benarnya. Sebelum-sebelum ini dah banyak kali kami berikhtiar. Pantang dengar ada produk yang boleh membantu kehamilan, ummi lah orang yang akan cari produk tu sampai dapat. Semua tahu kan tentang satu produk kehamilan B. Ummi pernah cuba makan B tu, lebih2 lagi bila terpengaruh dengan iklan B tentang kehamilan. "Puan Z hamil setelah 5 tahun berkahwin..Puan F hamil setelah 10 tahun berkahwin..Puan M hamil setelah 15 tahun berkahwin...." waahhh excitednye ummi nak mencuba...

Ummi juga pernah makan dan minum macam-macam jenis produk. Daripada jamu, pil, air, tablet, uncang...semuanya ummi pernah telan. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Setiapkali period terlambat 4-5 hari pon, ummi sudah mula kelam kabut beli Urine Pregnancy Test...Entah berapa banyak kali ummi pernah menangis sorang-sorang dalam toilet bila hasil UPT tu menunjukkan -ve. Dan bila beberapa hari lepas tu period pon keluar, air mata ummi akan meleleh lagi...

Tapi ummi berjanji dengan Habibi, ummi nak buat jugak rawatan tu. Biarlah rawatan tu menjadi ikhtiar terakhir. Sekiranya Allah masih belum memberi rezeki juga, ummi redha. Ummi rela ambil anak angkat selepas tu. Ummi juga berjanji pada Habibi yang ummi tak akan bersedih & kecewa lagi. Alhamdulillah, Habibi akhirnya bersetuju.

Pertama kali berjumpa dengan Dr. Tokha di Hospital Pakar Regency JB, berkali-kali Habibi mengingatkan ummi agar jangan menaruh harapan tinggi. Kalau ada rezeki, ada lah..kalau tak ada, jangan sedih & kecewa tau!! Berkali-kali Habibi mengingatkan ummi.

Lama juga kami melakukan rawatan tu..Suntikan demi suntikan, ubat demi ubat...Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan rezeki berganda buat kami...rezeki yang tak terduga, rezeki yang tak terucap dengan kata-kata..


Itulah gambar ultrasound pertama yang Dr. Tokha tunjukkan pada ummi. Benda bulat warna hitam yang doktor suruh ummi kira tu rupa-rupanya Raniya, Raiyan dan Raiyna. Sampai basah baju Habibi bila ummi menagis sepuas-puasnya sambil memegang gambar ini sejurus keluar dari bilik doktor.

Ya Allah, aku hanya minta satu...aku nak satu je Ya Allah...Tapi Kau kasi tiga!!! Kau kasi tiga!!!!! Syukur Ya Allah...Terima kasih kerana mendengar doaku selama ini....

Sewaktu awal kehamilan, ummi masih belum merasakan yang ummi telah mengandung. Sehinggalah perut semakin membesar, dan pertama kali merasa tendangan 3R. Ummi pernah bangun waktu malam sorang-sorang, dan menangis sewaktu Raniya, Raiyan dan Raiyna aktif bergerak-gerak dalam perut ummi. Ummi menangis bukan sebab sakit, tapi ummi macam tak percaya bahawa yang sedang menendang itu adalah satu anugerah yang ummi selalu minta pada Tuhan sebelum ini. Tiga nyawa yang sedang menendang sesama sendiri di dalam kantung rahim ummi yang kecil ini..

 


Ya, ummi tahu masih ramai sahabat-sahabat ummi di luar sana yang masih menanti seperti ummi dulu. Ummi faham perasaan kalian, jiwa kalian, naluri kalian dan keinginan kalian. Air mata kita adalah sama. Doa yang sering kita panjatkan juga sama. Ummi bukanlah ingin mengangkat diri sendiri supaya kalian semua mencontohi ummi. Tidak..tidak sama sekali!!! Cuma apa yang boleh ummi nasihatkan di sini, bersabarlah dalam maniti ujian ini. DIA pasti akan kurniakan rezeki itu, cuma bilakah waktu dan ketikanya, hanya DIA saja yang ada jawapannya. Jangan putus berdoa dan jangan putus berharap. DIA Maha Penyayang, Dia Maha Mengasihani...mintalah pada DIA, merintihlah pada DIA..DIA pasti akan beri...

Kepada sahabat-sahabat, jangan sesekali ada sikap menyalahkan pasangan. Terimalah setiap apa kekurangan pasangan kalian. Cubalah untuk memahami antara satu sama lain. Berusahalah selagi terdaya, berikhtiarlah selagi mampu. Tak salah untuk menghabiskan ribuan ringgit demi untuk kebahagiaan keluarga.

Dan bagi mereka yang sedang berikhtiar, ummi nasihatkan agar berpada-pada dalam mencuba. Jangan terlalu taksub mencuba sesuatu produk sedangkan kita tak tahu di hujungnya nanti ada macam-macam risiko yang menanti. Tak salah mencuba ubat itu dan ini, tapi janganlah pula terlalu terpengaruh dengan iklan. Sebaik-baiknya, rujuklah pada pakar-pakar perubatan.

Ummi ceritakan semua ini sebab ummi nak sahabat-sahabat ummi semua kuat semangat!!! Jangan putus asa dan sentiasalah yakin pada qada' dan qadar...Setiap dugaan itu pasti ada penghujung jalannya... Berdoalah agar kita diberikan jalan yang bahagia....

Buat sahabat-sahabat ummi yang sedang menanti, ummi akan sentiasa doakan kalian...Mudah-mudahan Allah kurniakan zuriat yang sihat dan sempurna untuk kalian....Amin Ya Rabbal A'lamin...

Salam sayang dari Ummi, Raniya, Raiyan dan Raiyna....





BILA DAH DAPAT KAKI

Alahai...sejak masing2 dah dapat kaki ni,
bukan main seronok semuanya bile dilepaskan berjalan sendiri..

Almaklum lah...
rumah kami kecik comel je..
so ruang utk 3R berjalan sakan agak terbataslah sikit...

Maka ummi & walid sekarang ni pon dah mula rajin bawak dorang exercise..
Hari tu kami bawa 3R ke Taman Merdeka...
Kat mane tempat tu???
Alaaa dekat2 dengan RTM Johor tu...
Berdekatan juga dengan pintu masuk belakang Istana Bukit Serene...




Kemain seronok anak-anak ummi sesekali terlepas kat tempat lapang camni...
Tambahan plak pemandangan kat situ cantik2..
Banyak pokok2 dan ada tasik...


Hahaha..
kesian anak-anak ummi...
Selalunye berjalan2 kat basement car park rumah kite je kan...
Sesekali bila dapat tengok pemandangan kat Tasik Merdeka tu,
of coz la semuanye suke kan...

Raniya

Raiyan
Raiyna






Selain dari tempat2 rekrasi seperti Taman Merdeka ni...
3R juga cukup suka jika di bawa beriadah di rumah Tokpa nye..

Lazimnya, setiap hujung minggu,
kami sekeluarga memang akan melepak di rumah papa ummi di Bandar Baru Uda...
Jarak antara rumah kami dan rumah papa takde la jauh sangat,
lebih kurang 10 minit perjalanan je..
Tapi kalau jalan jammed, setengah jam pon belum tentu sampai...huhu

Rumah papa ni letaknya betul2 depan padang...
Dulu masa zaman ummi kecik2, kat padang ni ada playground...
Tapi sekarang ni semuanya dah tak terjaga...
Semua permainan banyak yg dah rosak....


Sejak-sejak masing2 dah dapat kaki ni...
Berhenti je kereta kat rumah Tokpa,
jari masing2 dok tunjuk ke arah padang.....

Lagipon Tokpa ni jenis yang suka melayan cucu-cucu berjalan...
Makin seronok la 3R bila Tokpa melayan dorang ke sana ke mari...


Yang paling seronok sekali sebenarnya si Abang...
Mana taknye, kat sini la dia akan merasa bebas sebebasnya....
Ok, jom kite layan gambar2 Raiyan dulu...












Ok, pastu kite layan gambar Raniya plak...









Dan yang kat bawah ni plak, gambar2 Raiyna....
Jom layaaannn...









Terima kasih la kepada papa yang sentiasa rajin melayan cucu-cucu Tokpa ni merayap ke tengah padang...Tapi yang best nya, setiapkali berjalan ke padang, Tokpa tidak akan lupakan benda ni..pendek kata, benda ni memang akan setia berada dalam genggaman Tokpa...
benda apa??? Hehehe...cuba tengok gambar kat bawah ni...


Taraaaa...hehehe tu lah botol kapur..
Kapur yang orang selalu buat makan sirih tu...
Kapur ni sebenarnya buat sapu kat bintat digigit nyamuk...

Kat padang depan rumah tu tersangat la banyak nyamuk...
So setiapkali cucu-cucu Tokpa kena cium dengan nyamuk,
Tokpa pon cepat2 la sapu kapur ni kat bintat tu...



Huhu..very old skool kan?
Padahal kat dalam beg ummi tu dah siap dengan krim2 moden untuk sapu kat bintat..
Tapi Tokpa tetap dengan kapurnya...
Kata Tokpa, zaman ummi kecik2 dulu mana ada guna krim2 ni...
Nampak bintat je cepat2 tenyeh ngan kapur...
Huhuhu...
Nampaknya 3R pon kena la teruskan tradisi Tokpa tu,
sampai comot-comot badan dorang kena kapur tu..

 




Ehhh tapi memang bagus tau guna kapur ni...
Bintat tu tak akan gatal...
Selain dari tu,kesan bintat tu tak akan meninggalkan parut2 hitam...
Huhu..Tokpa siap belikan satu botol kapur ni soh ummi standby kat rumah...

Ehhh dah melalut cite pasal kapur plak dah...
Ok lah uols...
Sampai sini je lah entri utk kali ini ye...
Kalau ada cerita menarik lagi,
ummi akan kongsikan di sini..
Nantikan ye!!!