Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

08 November 2011

UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG SEDANG MENANTI

Maafkan ummi seandainya entri kali ni agak tersasar jauh dari cerita 3R...Ya, saban kali ummi katakan, blog ini ummi khususkan untuk setiap hari-hari yang ummi lalui bersama Raniya, Raiyan dan Raiyna. Blog ini seumpama diari, setiap perkembangan 3R dari hari ke hari, ummi akan abadikannya di sini. Tujuannya bukan semata-mata untuk berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua, tetapi ummi sebenarnya ingin mengabadikan kisah hidup 3R, supaya mereka kelak dapat mengimbas bagaimana hari-hari yang ummi lalui sewaktu membesarkan mereka. Hajat ummi, semoga bila mereka besar nanti, meraka akan tersenyum sendiri tatkala membaca blog ini. Bila tiba saatnya Allah menjemput ummi nanti, sekurang-kurangnya ada kenangan yang dapat ummi tinggalkan untuk Raniya, Raiyan dan Raiyna...

Alhamdulillah, ummi tahu ramai yang suka mengikuti perkembangan 3R. Terima kasih ummi ucapkan kepada semua yang sentiasa mendoakan keluarga kami. Benar, ummi amat bersyukur dengan kebahagiaan yang Allah kurniakan buat ummi & walid dengan kehadiran Raniya, Raiyan & Raiyna!!!

Tapi, tahukah kalian semua, kami pernah mengharungi hari-hari yang sukar sebelum kehadiran mereka???

Ummi secara sah menjadi milik walid, lelaki yang bernama Syed Muhammad Ridza bin Syed Abdullah pada tanggal hari Khamis, 25 Disember 2003 ( bersamaan 1 Zulkaidah 1424H ).


Alhamdulillah, ummi amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Habibi ( nama panggilan dari ummi untuknya ). Kenapa ummi rasa berbangga kerana dijodohkan dengan Habibi?? Ummi tidak mahu mengangkat sifat-sifat dan pekertinya di sini. Bagi ummi, biarlah segala sifat, sikap & apa jua kebaikannya ummi simpan sendiri. Cuma apa yang membuatkan ummi terharu, Habibi adalah seorang suami yang dapat menerima SEMUA kekurangan diri ummi....

Sebelum berkahwin, iaitu pada bulan April 2003, ummi pernah dimasukkan ke I.C.U Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana demam berpanjangan & jatuh pengsan secara tiba-tiba. Waktu tu ummi sedang bertunang dengan Habibi, dan arwah Mama pula baru 7 bulan meninggal dunia.

Setelah seminggu berada di ICU, doktor mengesahkan ummi menghidap penyakit Diabetes atau kencing manis yang sangat serius. Waktu itu, usia ummi baru 22 tahun. Dan doktor mengdiagnosis penyakit itu sebagai penyakit keturunan kerana Arwah Mama juga merupakan penghidap penyakit itu.

Dalam usia 22 tahun, ummi terpaksa bergantung hidup dengan suntikan Insulin sepanjang hayat. Ok, ummi redha!!! Setelah keluar dari hospital, ummi perlu menjalani rutin kehidupan harian sebagai seorang penghidap kencing manis seawal usia 22 tahun, dan perlu menyuntik insulin sendiri, 2 kali sehari....

Setelah berkahwin, doktor menasihatkan agar kami merancang untuk tidak mempunyai anak dalam masa terdekat, sehingga kencing manis ummi benar2 terkawal...Alhamdulillah, walid yang pada ketika itu telah hampir usia 30 tahun tidak membantah. Kami meneruskan fasa perkahwinan kami dengan bahagia.






Masuk usia perkahwinan yang ke-3, ummi rasa telah mula bersedia untuk mempunyai zuriat, tambahan pula ummi rasa yang kencing manis ummi telah mula menunjukkan tahap kawalan yang baik. Namun sayangnya, pada ketika itu Allah masih belum mengizinkan kami.

Maka bermulalah episod kesedihan jauh di sudut hati ummi. Ummi ni pada zahirnya kelihatan selamba. Tanyalah dengan sesiapa yang mengenali ummi, ummi ni jenis manusia yang sentiasa happy dan jarang menunjukkan kesedihan dengan sesiapa. Tapi hakikatnya, hanya Allah yang tahu betapa halusnya hati ummi ketika itu.

Di saat orang lain yang berkahwin serentak dengan ummi sudah punya anak, hati perempuan ummi menjerit-jerit!!!! Kenapa Tuhan tak bagi aku??? Itulah yang selalu ummi katakan pada diri sendiri.

Masuk usia perkahwinan ke-4, naluri ummi semakin mencanak-canak inginkan zuriat. Pada tahun inilah, ummi mula menunjukkan rasa protes pada diri sendiri. Mula menjauhkan diri dari saudara-mara, mula malas pergi jemputan kahwin, mula malas join reunion itu dan ini, semata-mata tidak sanggup melihat orang lain bergembira membawa anak... Ohhh hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dalam hati pada waktu itu..even tengah makan kat warung, orang meja sebelah bergurau-gurau dengan baby mereka pun, air mata ummi boleh bergenang...

Masuk usia ke-5 perkahwinan kami, ummi sudah mula berfikir jauh. Sampai bila harus macam ni..Ummi kesiankan Habibi, waktu tu usianya dah 30 lebih, pendek kata kalau kami punya anak di awal perkahwinan dulu, anak kami dah nak masuk sekolah tadika...

Pernah sewaktu kami lalu di sebuah lampu isyarat di kawasan Larkin JB, ummi menyuarakan hasrat ummi untuk membenarkan Habibi kahwin lain. Waktu tu lampu tengah merah, bersungguh2 ummi suruh Habibi kahwin lain. Ummi bukanlah ingin mengangkat diri ummi sebagai seorang wanita solehah yang bakal mendapat payung emas di syurga...tidak!!! Tidak sama sekali. Cuma ummi kesian sangat dengan Habibi...Pada zahirnya memang dia selalu cakap TAK KISAH..TAK KISAH..KITA ENJOY DULU..KITE RELAX DULU... Tapi persoalannya sampai bila? Sampai bila nak tunggu? Sampai bila nak enjoy? Sampai bila nak relax sedangkan umur masing-masing makin lama makin meningkat?

Lepas ummi suarakan pada Habibi suruh dia kahwin lagi, dia berhentikan kereta ke tepi...Dia genggam tangan ummi & dia peluk ummi. Ummi nampak air mata dia bertakung. Dia kata jangan cakap pasal tu lagi...Tapi ummi ikhlas, ummi suruh dia cari mana-mana perempuan yang baik...cari lah perempuan mana yang dia nak, ummi sanggup pergi pinangkan. Sekurang-kurangnya dia akan dapat anak dengan perempuan tu nanti. Anak dari darah daging dia sendiri, walaupun bukan dengan ummi. Sekurang-kurangnya anak tu nanti akan berBin dan berBinti kan dia.

Alhamdulillah...tak lama lepas tu, Allah kurniakan anak buat kami...anak yang ditumpangkan sekejap saja di dalam rahim ummi...Masuk usia kandngan 9 minggu, Allah ambil semula anak tu....Ummi sedih sangat waktu tu...sesuatu yang ummi tunggu selama 5 tahun akhirnya pergi macam tu aje. Ummi nampak sendiri daging-daging tu keluar. Ummi rasa macam orang gila bila ummi bercakap dengan daging yang dah hancur tu...ummi cakap kenapa kau tinggalkan ummi? kenapa kau bagi harapan kat ummi? kenapa kau tak membesar dalam perut ummi?? kenapa? kenapa?

Masuk tahun ke 6 perkahwinan....ummi dikejutkan dengan berita kehamilan seorang sahabat yang dikurniakan kembar lelaki setelah 5 tahun berkahwin. Melalui sahabat itulah, ummi rasa ingin mencuba rawatan yang sama. Sekali lagi ummi sedih. Sedih kerana tidak mendapat sokongan dari Habibi. Dia enggan mencuba, mungkin kerana telah jemu atau mungkin kerana dah malas.

Rupa-rupanya ummi silap, Habibi tak nak cuba rawatan tu sebab takut ummi kecewa seandainya rawatan tu tidak berjaya. Ya, memang ada benarnya. Sebelum-sebelum ini dah banyak kali kami berikhtiar. Pantang dengar ada produk yang boleh membantu kehamilan, ummi lah orang yang akan cari produk tu sampai dapat. Semua tahu kan tentang satu produk kehamilan B. Ummi pernah cuba makan B tu, lebih2 lagi bila terpengaruh dengan iklan B tentang kehamilan. "Puan Z hamil setelah 5 tahun berkahwin..Puan F hamil setelah 10 tahun berkahwin..Puan M hamil setelah 15 tahun berkahwin...." waahhh excitednye ummi nak mencuba...

Ummi juga pernah makan dan minum macam-macam jenis produk. Daripada jamu, pil, air, tablet, uncang...semuanya ummi pernah telan. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Setiapkali period terlambat 4-5 hari pon, ummi sudah mula kelam kabut beli Urine Pregnancy Test...Entah berapa banyak kali ummi pernah menangis sorang-sorang dalam toilet bila hasil UPT tu menunjukkan -ve. Dan bila beberapa hari lepas tu period pon keluar, air mata ummi akan meleleh lagi...

Tapi ummi berjanji dengan Habibi, ummi nak buat jugak rawatan tu. Biarlah rawatan tu menjadi ikhtiar terakhir. Sekiranya Allah masih belum memberi rezeki juga, ummi redha. Ummi rela ambil anak angkat selepas tu. Ummi juga berjanji pada Habibi yang ummi tak akan bersedih & kecewa lagi. Alhamdulillah, Habibi akhirnya bersetuju.

Pertama kali berjumpa dengan Dr. Tokha di Hospital Pakar Regency JB, berkali-kali Habibi mengingatkan ummi agar jangan menaruh harapan tinggi. Kalau ada rezeki, ada lah..kalau tak ada, jangan sedih & kecewa tau!! Berkali-kali Habibi mengingatkan ummi.

Lama juga kami melakukan rawatan tu..Suntikan demi suntikan, ubat demi ubat...Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan rezeki berganda buat kami...rezeki yang tak terduga, rezeki yang tak terucap dengan kata-kata..


Itulah gambar ultrasound pertama yang Dr. Tokha tunjukkan pada ummi. Benda bulat warna hitam yang doktor suruh ummi kira tu rupa-rupanya Raniya, Raiyan dan Raiyna. Sampai basah baju Habibi bila ummi menagis sepuas-puasnya sambil memegang gambar ini sejurus keluar dari bilik doktor.

Ya Allah, aku hanya minta satu...aku nak satu je Ya Allah...Tapi Kau kasi tiga!!! Kau kasi tiga!!!!! Syukur Ya Allah...Terima kasih kerana mendengar doaku selama ini....

Sewaktu awal kehamilan, ummi masih belum merasakan yang ummi telah mengandung. Sehinggalah perut semakin membesar, dan pertama kali merasa tendangan 3R. Ummi pernah bangun waktu malam sorang-sorang, dan menangis sewaktu Raniya, Raiyan dan Raiyna aktif bergerak-gerak dalam perut ummi. Ummi menangis bukan sebab sakit, tapi ummi macam tak percaya bahawa yang sedang menendang itu adalah satu anugerah yang ummi selalu minta pada Tuhan sebelum ini. Tiga nyawa yang sedang menendang sesama sendiri di dalam kantung rahim ummi yang kecil ini..

 


Ya, ummi tahu masih ramai sahabat-sahabat ummi di luar sana yang masih menanti seperti ummi dulu. Ummi faham perasaan kalian, jiwa kalian, naluri kalian dan keinginan kalian. Air mata kita adalah sama. Doa yang sering kita panjatkan juga sama. Ummi bukanlah ingin mengangkat diri sendiri supaya kalian semua mencontohi ummi. Tidak..tidak sama sekali!!! Cuma apa yang boleh ummi nasihatkan di sini, bersabarlah dalam maniti ujian ini. DIA pasti akan kurniakan rezeki itu, cuma bilakah waktu dan ketikanya, hanya DIA saja yang ada jawapannya. Jangan putus berdoa dan jangan putus berharap. DIA Maha Penyayang, Dia Maha Mengasihani...mintalah pada DIA, merintihlah pada DIA..DIA pasti akan beri...

Kepada sahabat-sahabat, jangan sesekali ada sikap menyalahkan pasangan. Terimalah setiap apa kekurangan pasangan kalian. Cubalah untuk memahami antara satu sama lain. Berusahalah selagi terdaya, berikhtiarlah selagi mampu. Tak salah untuk menghabiskan ribuan ringgit demi untuk kebahagiaan keluarga.

Dan bagi mereka yang sedang berikhtiar, ummi nasihatkan agar berpada-pada dalam mencuba. Jangan terlalu taksub mencuba sesuatu produk sedangkan kita tak tahu di hujungnya nanti ada macam-macam risiko yang menanti. Tak salah mencuba ubat itu dan ini, tapi janganlah pula terlalu terpengaruh dengan iklan. Sebaik-baiknya, rujuklah pada pakar-pakar perubatan.

Ummi ceritakan semua ini sebab ummi nak sahabat-sahabat ummi semua kuat semangat!!! Jangan putus asa dan sentiasalah yakin pada qada' dan qadar...Setiap dugaan itu pasti ada penghujung jalannya... Berdoalah agar kita diberikan jalan yang bahagia....

Buat sahabat-sahabat ummi yang sedang menanti, ummi akan sentiasa doakan kalian...Mudah-mudahan Allah kurniakan zuriat yang sihat dan sempurna untuk kalian....Amin Ya Rabbal A'lamin...

Salam sayang dari Ummi, Raniya, Raiyan dan Raiyna....





47 comments:

cham's said...

anugerah terbaik!

Anonymous said...

saya juga sedang menanti dn terus menanti.......

PutriesNoora said...

menangis sy bace entri ni..thanks untuk doa tu ummi=)

FiraHamzah said...

Salam,

Terharu btul baca entry u nih..u are really strong dear.
btul tu, saya ramai kawan2 yang blum mempunyai zuriat setelah bertahun2 kawen, everytime dorang minta kite doakan utk mereka sama, agar dikurniakan anak. Sy cuma dapat meng"amin" kan shj, tak tau nak ckp apa lagi sebab semuanya terpulang pada Allah yang satu. Saya harap agar mereka juga diberikan zuriat berlipat kali ganda macam u. InsyaAllah..
nice entry btw :)

mimmie said...

tersentuh baca blog akak..semoga akak dan keluarga terus dilmpahkan rahmat dari yg Esa

ZarinAziz said...

salam ummi 3R...bergenang air mata bila baca n3 ni...sesungguh janji Allah itu untuk umatNya adalah benar...salam perkenalan dari saya

Nama ku Nur Azeani Kamarudin said...

saya da dekat 4tahun menanti tapi masih belum merasa detik2 kehamilan atau apa saja yg sewaktyu dgnnya tapi kini saya semakin redha atas apa yg dilalui.mungkin Allah da aturkan sesuatu yg terbaik utk saya kan...apapun..sonok baca post nih ;p menambahkan kekuatan semangat saya..hihi...thanx ;)

Anonymous said...

dik, ahkak dah merasa apa yg adik rasa dan kini sedang merasa apa yg adik rasa.. doakan utk ahkak spya diberikan zuriat utk kami, ahkak dah 2 kali keguguran dan kini terus menanti semoga ada rezeki utk ahkak dan suami, memag sedih dan sering pujuk hati inis pya sabr, tabah dan terus berdoa kepada Allah. dan diharapnya org yg diluar sana jgn la asyik bertanya bila nak ada baby, kenapa tak usaha.. soalan itu membuatkan kita merasa down

akudarikayangan said...

menitis air mata baca luahan ummi....besarkan anugerah tu ummi...Allah knows what best to us...sy blm kwin lg...tak tahu bila, tp sy ttp tggu saat itu...Allah blm kata saat itu nk smp utk sy...

comel2 ank2 ummi....(^_^)

Mama Kembar 3 said...

nice entry dear. moga dpt bg semangat pada pasangan yg masih menanti.

mama pun pernah merasa apa yg u rasa, pengalaman kita sama tapi tak serupa. and now, sgt sgt bersyukur dgn kurniaan Allah. mmg betul sesungguhnya Dia tahu apa yg terbaik utk kita. kita kena sabar & redha dgn ketentuanNya, InsyaAllah pasti ada hikmahnya :-)

Anonymous said...

even sy ni xkawen lg..umo pn br 20..tp tharu btol bca entry ni..sy pk cmne la kalu sy de kt tmpt akk..bleh ke sy jd skuat akk..nice entry kak =)

aNgAh_aLiFaH said...

ummi, angah terharu sgt baca entry kali ni.

angah memahami sgt perasaan ummi masa belom ada 3R. sbb angah pun camtu. angah tggu setahun lapan bulan, baru dpt kabar gembira ni. skang baru 18weeks kandungan ni. ummi doakan angah jgak ye.

mmg la tak begitu lama menunggu kalau nk compare ngn org lain, tp masa kawen tu ada 3 pasangan serentak. mmg terasa bila lg 2 pasangan tu dah bersalin. dan mulut2 org pun start berbunyi, mmg sedey. tp alhamdulillah, Allah makbulkan doa angah. syukur sgt.

Ina Haireina said...

salam ummi.. mengalir air mata saya membaca entry ummi.. sangat2 tesentuh hati saya.. syukur saya jumpa blog ummi.. dengan pengalaman ummi saya menjadi lebih tabah.. dan kagum dengan semangat ummi..

semoga ummmi terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.. juga permata2 ummi membesar dgn sihat..

terima kasih ummi kerana sudi berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada org seperti saya dan yg lain yg masih menanti2 anugerah yg tak ternilai itu.

AIN NAZRI said...

ain pernah melalui keadaan yang sama dengan ummi.. ain pernah mintak suami kawen lain.. bila doktor kata peluang hanya 30%. suami adalah anugerah terhebat buat ain.. tapi bila Allah beri nikmat yang satu, mengandungkan 'Auf, ain rasa itulah hadiah besar buat kami berdua. semuanya keajaiban. lagi ajaib bila ain di sahkan pregnant walaupon ketika tu ain tak period langsung. besarkan kak nikmat allah. asalkan kita sabar dan kuat dan yakin.. segalanya mungkin..

Min @ Mama Dhia Farhah said...

Ummi 3R, sselama ni saya hanyalah silent reader..tapi entri kali ni amat menyentuh hati saya..Saya juga pernah lalui saat menunggu sehingga pernah mencadangkan suami berkahwin lain! Alhamdulillah, selepas 1tahun 9 bulan saya berjaya pregnent, namun Allah hanya pinjamkan anak kami selama 9 bulan dalam perut..Skrg kami sedang berusaha utk mendapat kan adik dhia farhah sementelah usia perkahwinan menjangkau 3 tahun..

Huszaini said...

sejujurnya... saya mengalirkan air mata waktu membaca entri nih.. sabar doa usaha tawakal pada Allah SWT. Moga Ummi sekeluarga dikurniakan keberkatan dan gembira selalu dengan anugerah dari Allah nih!

alina alimuddin said...

saya pun penah rasa down bila org asyik bertanya psl anak..tp saya x tunjuk kt org yg saya sedih..saya selalu pk +ve..ceria selalu..n bgtau sesape yg bertnya psl anak kt saya 'belom rezeki lg..doakan la yer' :)
mcm ummi juga..selalu bila lewat je period saya mesti nk check pregnant ke x..sampai saya bosan nk check..n pd tahun ke 3 perkahwinan saya lewat juga period..tp dh malas nk check..asyik frust ja..tp bila dh smpai 2bln x period..mcm pelik plak..selalu takat 2minggu je..kuatkn diri check...alhamdulillah..rezeki saya ade..rupanya diri ni dh pregnant..gi jumpa doc suma..rupanya dh nk masuk 3bln..sgt2 bersyukur..now anak saya sebaya anak sis.. :) lahir pada 22julai2010.

su su said...

terharu su su baca n3 nie........

moga kekuatan ummi dapat su ikuti............

CikPuan Fara said...

Subhanallah.. hebatnya kuasa Allah. saya sudah setahun 7 bulan berkawen dan masih menunggu anugerah tak ternilai nih. Kisah akak mmg bermotivasikan saya. Terima kasih share kak :)

Rai said...

nak jugakkk... waaaaaaaaaaaa.....(hahahahaha)

eKa said...

entry ini sgt memotivasikan saya...leh tak akak share rawatan apa yg akak bt...saya pun dah lama kawen lom ada baby

ida said...

salam..tahniah saya ucapkan..saya dah tiga tahun kahwin dan umur makin meningkat..bla baca entry ni rasa bersemangat sikit..saya macam ummi jugak sering suruh suami kahwin lain..Saya hanya mampu berdoa dan mengharapkan Allah mendengar doa kami..Mungkin kami belum mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk zuriat kami nanti..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Anonymous said...

subhanallah...

~LeeyanaRadhi~ said...

Sy sgt kagum dengan kecekalan akak.. Sy harap sy juga setabah akak. Sy da setahun 5bulan kawen. Sdg berusaha, menanti, berusaha dan menanti semoga Allah beri kesempatan utk sy merasai nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan.. ameen =)

Salmi Khairil said...

walaupun baru 2 tahun lebih usia perkahwinan kami tapi naluri ingin menjadi ibu dan ayah itu sangat tinggi cuma belum rezeki, sempat merasa saat kehamilan hanya 4 minggu ,2 tahun lepas... sehingga kini masih berikhtiar..moga rezeki kita semua pula selepas ini..AMIN

ILY said...

Sedih baca entry nih..sbb sy pon sedang melalui proses 'lambat' mendapat anak..thanks to u sbb entry nih jugak jadik penguat smgt sy supaya tak putus asa..thanks *hug*

Anonymous said...

Salam..terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman..entry ni sgt menyentuh hati saya..saya sudah menunggu hampir 7 tahun dan tak pernah sekalipun merasa hamil..tp saya percaya Allah ada rancangan yg lebih baik utk saya..

Zauyah said...

Cousin aku share blog ni kat FB...Aku pun baca...Tak sangka aku kenal penulis dia..hehe Tahniah Linda!Aku excited dapat tahu ko dapat kembar tiga... kirim salam kat shila... -Joy- yg penah keje kejap kat MBJB..hehe..

JayFarhana said...

heh, atas ni la kazen saye. baru nak komen die komen dulu! :P
tenkiu for sharing this miracle story.
u are soooo blessed!
sy baru jek nak masuk tahun ke 3, and i should know how u felt. ur story inspired me to be strong. tenkiu kak! jage anak2 chomel ni baik2 ye! semoga diorg dah besar jadi anak yg soleh&solehah :)

Anonymous said...

lg 3 bln, usia perkahwinan kami menjangkau 7 thn. cerita y same. mls nk jmpe kwn2, sedara mara...malah, nk g beraya pon mls.. skg, masih menanti..xtau la bila penantian akan berakhir...xtau smpai bila KESEDIHAN ini akan berakhir...

cdah said...

kadang-kadang jalan yang Allah berikan pada kita berliku-liku.....tapi semuanya berakhir dengan kemanisan jika kita mahu brfikir...

Anonymous said...

nangis sorang2....i love my son....muahhh

HappyIrfa said...

alhamdulillah..penantian yg sgt berbaloi.Allah suka pd org yg berdoa padaNYA

Cha iesha said...

sgt2 terharu baca entry ummi.apa yg blh sha ckpkn u are really strong..really2.congratulation ummi!! sesungguhnya ALLAH sentiada menduga kita walau apa cara skali pon.kita yg menempuhinya harus tabah,sabar harunginya dan sentiasa berdoa..memang sedih bila disoal tentang anak..hnya suami yg mampu memberi kekuatan dan semangat utk hari mendatang.neway thankz ummi kerana sudi berkongsi pengalaman dan memberi semangat utk menanti anugerah yg tak ternilai itu.
moga anak2 ummi jadi anak yg soleh dan solehah..insya'ALLAH

::MRSfie:: said...

sedih bile bace entry ni.. saye pon same diduge macam akak.. cume saye tak lame macam akak menanti.. even tak lame menanti pon da cukup buat saye rase sangat2 sedih and down.. apetah lagi akak yang tersangat2 lame..

faizah said...

ya Allah kak,tersentuh sangat baca kisah akak.2-3 kali pause jap,sebab terasa macam diri sendiri ada kat tempat akak.memang sekarang ni saya pun macam tu,rasa nak mengelak pergi kenduri kawan2,jumpa kawan2.sebab rasa tak sanggup nak jawab bila orang asyik tanya soal anak.tak sanggup nak tengok muka hubby bila kawan2 duk cakap macam2.rezeki tu kan Allah yang berikan.siapalah kita nak menidakkan takdir yang dah Allah atur dan tetapkan untuk kita.saya selalu sedapkan hati,"mungkin rezeki anak belum lagi,tapi aku dikurniakan rezeki dari sumber yg lain".sekarang ni,hanya mampu berdoa dan ikhtiar.insyaAllah,kalau dah mmg tertulis ada rezeki anak buat kami suami isteri..pasti ada,kan kak..

imaninarafizal said...

Akak mmg strong...akhirnya dapat anugerah yang tidak terucapkan....

Citarasa Rinduan said...

lind
maha suci Allah...
kak ayu baru ada masa baca blog kamu ttg entry ini.
walau kak sering masuk blog ini masa bulan 10 kak buzy uruskan kedai.
lagipun rawatan dihentikan. so doktor hanya buat rwatan susulan utk suami..

walau cara kita sama, tapi lain keadaan dan situasinya

k.ayu yakin..kita merasai saat yang sama..

moga 1 hari nanti ada jua sinar bahagia buat kami berdua....

Anonymous said...

tersentuh hati ini..semoga Allah memberikan rezki kepada kami berdua yg sgt menantikan kehadiran mutiara hati dlm kluarga kecil kami ini AMIN..kepada MU kami berserah ya ALLAH...

Anonymous said...

alhamdulillah...srnk mendgr kisah rakan yg success preg...min pun skrg under rwtn dgn Dr.Tokha, now ni nga get ready utk FET.bln 12 aritu min failed IVF...rs frust mmg ade, tp alhamdulillah ade lg 11 frozen egg,so hrp2 next month min berjaya dgn FET n hope to get triplets too.....amin....

Zana Adieyza said...

mengalir air mata sewaktu membaca entry ni.. sungguh berkesan di hati zana.. semoga zana ada kekuatan untuk melalui hari2 mendatang.. dan semoga ada rezeki untuk zana menikmati nikmat bergelar seorang ibu.. insyaAllah..

azizahchewan said...

salam perkenalan...selama hampir seminggu ni akak mengadap blog kamu..sehingga la n3 ni..nape aku nangis nih..siyes n3 ni mmg menyentuh hati..akak tak penah berada dlm situasi kamu malah selps akak kawen terus peknen..bunting pelamin...cuma bila membaca kepayahan org yg nak mendpt anak terasa akak byk mengabaikan anugerah Allah itu...terasa skrg jugak nk balik dan peluk diorg semua...ye la akak kawen diusia 22 thn..23 terus dpt anak..mungkin jiwa muda tak puas enjoy lg(yg gatal kawen awl nape kan..)tiba² terus dibebani tanggungjawab yg besar...sudahnya akak rasa byk mengabaikan diorg..ya Allah!!! klu dpt diundur masa..n3 ni byk menyedarkan akak..terima kasih dear *hug*

hafizah bt ahmad said...

linda, comel anak-anak awak ye. saya nurse yang ada kembar 2 tu. kita sama-sama merasa kepayahan untuk mendapat anak. linda menanti 5 tahun dan pernah mengandung tapi akak menunggu 10 tahun sebulan untuk bergelar ibu kepada nur maisarah dan nur mastura.selepas 1 tahun bergelar ibu akak dapat rezeki seorang lagi hariz hilmi pula tanpa di sedari, tanpa rawatan. itulah kebesaran allh. amin

Anonymous said...

Tak mampu saya menahan air mata yg mengalir bila baca kisah ummi...kerana saya juga masih menanti anugerah dr DIA. Dan saya takkan putus berdoa kerana saya ada rezeki dr DIA utk kami. In shaa Allah..

humairah said...

Sangat2 menyentuh hati n dapat menguatkn semangat bila baca entry ni..doakn saya juga..6thn 4bulan kawin belum ada tanda2 pregnant..semoga ummi 3r di limpahkn rahmat n keberkatan dlm mendidik 3R serta di kurniakn rezeki yg murah berlipat ganda..cerita kita hampir sama, cuma rezeki belum memihak pd sy..

Anonymous said...

Hari ni haid datang lagi... setelah 2 minggu lewat. Kelewatan yang paling lama.. saya redha setelah lebih 2 tahun menunggu.. mgkin ini mmg ketetapan pjalanan hidup saya... cukup dah dua mggu ni sy layan diri sy mcm mgndung..utk gembirakan hati sendiri....

Anonymous said...

sedihnye ummie..alhamdulillah dan tahniah utk ummie sekeluarga..semoga kebahagiaan sentiasa brsama ummi dan keluarga :)