Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

29 November 2010

BERTAHNIQ

Tanggal 3/10/2010, triplets menjalani Upacara Tahniq atau bagi masyarakat Melayu dikenali sebagai belah mulut... tak ada upacara besar2an pun, cuma dibuat di rumah papa secara ringkas bak kata orang tua2, buat syarat je. Tahniq disempurnakan oleh papa & habibi....


(inilah barang2 yang digunakan untuk bertahniq...madu, barangan emas, barangan perak & barangan tembaga)




(papa memulakan tahniq dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran & doa2)




(Raniya yang pertama sekali ditahniq kan...cecahkan langit2 dengan madu..nak guna manisan lain pon boleh seperti kurma atau kismis...Rasionalnya, mudah2an setiap kata2 yang keluar dari mulutnya kelak biarlah manis2 bunyi nya)




(sapukan barangan emas ke bibir baby...kami gunakan cincin bersadur emas..Rasionalnya, mudah2an setiap kata2 yang keluar dari mulutnya sangat berharga & diterima orang)





(kemudian, bibir disapukan dengan barangan perak..kami gunakan cincin bersadur perak)



(akhir sekali, sapukan dengan barangan tembaga pulak...kami gunakan cincin tembaga)



 Begitulah.... proses seterusnya diteruskan kepada Raiyan dan Raiyna...

(tokpa mentahniq kan Raiyan)




(tokpa mentahniqkan Raiyna)




Lepas ketiga2 triplets selesai bertahniq dengan tokpa nya, giliran walid pulak mentahniq kan anak2....





Alhamdulillah, triplets telah selamat ditahniq....mudah2an triplets ummi kelak membesar sebagai seorang insan yang soleh & solehah serta dapat menjaga tutur kata...semoga setiap kata2 anak2 ummi akan menjadi mutiara yang dapat mendorong kejayaan hidup kalian....amin


TRIPLETS UPDATES : 1-2m

Pada peringkat usia ni, triplets dah berubah perangai..entah kenapa anak2 aku ni asyik menangis je..dorg masih dengan habit tak tido malam, kalau sebelum ni walaupun tak tido malam, dorg tak la meragam sangat. Ini tidak, dah la malam2 tak mau tido, pastu asyik nangis je..yang kelakarnya, dorang tak meragam serentak, tapi bergilir2. Malam ni Raniya meragam....malam esok Raiyan pulak..malam lusa Raiyna...

Pendek kata memang setiap malam la ummi & walid tak dapat tido...kesian kat walid, daripada masa aku masuk hospital sebab contraction, bersalin, sampai la triplets dah 2 bulan...walid tak jengah pon office dia. Dia pon cuti bersalin jugak..

Ketika sebulan lebih aku berpantang, aku kena bisul la pulak..bisul tu tumbuh di kawasan "tuutttt..."
Mula2 aku biarkan aje, lambat laun dia akan pecah sendiri...tapi setelah seminggu bisanya makin menjadi2, semakin membengkak sampai nak berjalan pon terkengkang2...macam biasa, aku call Dr. Tokha..

Hari tu dalam pukul 8.00 malam, aku & habibi set appoinment dengan Dr. Tokha...siap bawak kain baju sekali sebab kata doc, kalau bisul tu nampak teruk, dia akan operate malam tu jugak dan kena admit di wad satu malam...terpaksa lah tinggalkan triplets. Mujurlah ramai yang sudi membantu jaga dorg..papa, mak, abang2 & kakak ipar...

Masa tengah cek ngan doc, dia bising jugak kenapa tak datang cek cepat2..hmm tu lah, sebenarnya bukan takl nak gi cek, tapi ramai yang cakap kat aku, wanita selepas bersalin kebanyakan nya memang biasa kena bisul sebab banyak darah kotor terkumpul dalam badan...ada 4-5 orang yang ceritakan pengalaman kena bisul lepas bersalin, so aku ingatkan benda ni perkara biasa....rupa nya bisul ni bahaya, kalau dia tak pecah, boleh mengumpul nanah kat dalam. Malam tu jugak doc decide nak operate. Sakit & bisanya masa tu tak tergambar dengan kata2...nak duduk tak boleh, nak berjalan tak boleh...

Hmmm...masuk wad lagi...duduk bilik & katil yang sama masa bersalin dulu.. Nurse2 dan cleaner kat situ semua tertanya2 kenapa aku admit semula...dorang ingatkan aku kena admit sebab luka caesar aku bermasalah, hishhh nauzubillah..

Malam tu jugak operate, pukul 10.00 malam. Procedure nya sama macam operation yang biasa aku lalui sebelum ni....kena buat dalam OT dan akan dibius sepenuhnya...masuk je OT, hehehe jumpa lagi dengan staff yang sama termasuklah pakar biusnya, Dr. Zubki..dorang sema ckp EH?? MASUK BALIK?? huhuhu nak buat macamane....

Operation tu sekejap je, lebih kurang 20 minit dan aku ditidurkan sepenuhnya masa operation tu berlangsung...Alhamdulillah pagi esoknya bisul tu dah tak rasa apa2 lagi dah...dah boleh jalan macam biasa. Tengahari dah boleh balik rumah....

(Raniya & sepupu2......Syah n Puteri)




(bila dah nak masuk 2 buln ni, dah mula rimas pakai bedung)










(ini budak, badan dah semangat sikit sebab kuat minum susu..... -Raiyan-)
































(dah start tidur berbuai...kena beli buai sorang satu)

















Pada usia ni, muka dorg semakin hari semakin berubah....masa ni la baru nampak kulit Raniya yang sedikit gelap, badan Raiyan yang semakin membulat dan kulit Raiyna yang lebih cerah dari yang lain2....tak kisah lah anak2 umi gelap ke, gemuk ke, kurus ke...yang penting semuanya sihat2 ye sayang....