Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

02 December 2010

TRIPLETS UPDATES : 2-3m

Alhamdulillah, sejak kehadiran bibik-bibik ni aku rasa tugas2 ku lebih ringan. Bukan lah bermakna aku lepas tangan terus, tapi dengan ada nya pembantu2 ni dapat lah aku relax sikit, tak la kelam kabut sangat macam sebelum2 ni....

Dalam usia 2 bulan lebih, tune tidur triplets dah berubah. Malam dorg akan tidur dengan lena, hanya akan bangun untuk menyusu je. Pukul 7 pagi biasanya dorg dah bangun, pukul 9 mandi, pukul 10 tido sampai tengahari. Tengahari dorg akan berjaga sampai petang....

Sekarang ni triplets dah pandai keluarkan suara.. aaa uuu aaa uuu..... Tapi antara dorg ni, aku tengok perkembangan Raiyna lebih advance sket berbanding kakak & abangnya. Entah la, ada orang cakap kat aku, yang keluar last sekali masa lahir tu sebenarnya yang sulung...yang keluar dulu tu adik. Tapi kitorg tetap consider yang keluar last tu adik.

Dalam usia 2 bulan lebih, aku perhatikan dorg dah boleh nampak atau dah boleh melihat dengan jelas. Setiapkali ummi & walid mengagah atau berbual2 dengan dorg, maka muka masing2 akan tersengih2. Kiranya dah ada respond la.... Hehehe cute sangat tengok dorg tersenyum pandang muka kita. Tengah marah pon boleh jadi sejuk....









Masa umur 2 bulan ni, aku dah tak pakaikan mittens atas nasihat doktor, biar tangan dia belajar memegang & menggapai....


Seronok betul jadi suri rumah sepenuh masa ni, banyak perkembangan & tumbesaran anak-anak yang dapat kita teroka.... puas rasanya dapat melihat dorg membesar depan mata. Setiap hari, ada je telatah mereka yang membuatkan kita tersenyum. Rasa berbaloi2 menanggung sakit bersalin....

Kat bawah ni semua antara koleksi gambar2 triplets sepanjang tempoh 2-3 bulan..





Sebenarnya, aku dah tak ajar triplets berbedung...kalau bole biar body dia free...tapi bibik2 ni dah ajar balik triplets berbedung, katanya "biar tidur lena buk..." Memang betul pon, setiapkali tidur dalam bedungan, dorg akan tidur dengan lena...hmm tak kisah la, bedung pon bedung la. Cuma kesian kat Raiyan, badan dia dah semangat, so kain2 bedung yang ada semua dah tak berapa muat...maka terpaksalah bedung ngan kain batik lepas...Itulah satu2 nya kain batik lepas yang ada kat rumah ni, itupun kepunyaan arwah Tokma nya...





Sekarang ni triplets suka dengar lagu. Aku selalu bagi dorg layan lagu2 Nursery Rhymes seperti Old Macdonald Had A Farm, Mary Had A Little Lamb, Twinkle2 Little Star, This Old Man, You Are My Sunshine, Que Sera Sera, The Eentsy Weentsy Spider, The More We Get Together...lagu yang paling dorg suka Itsy Bitsy Teenie Weenie Yellow Polka Dot Bikini sebab muziknya more catchy...seronok tengok respond dorg setiapkali aku mainkan lagu2 ni...kaki terangkat2, mata bulat pastu dok bunyi Aauuu Auuuu... kononnya menyanyi sama la tu....hehe
















Yang kat bawah ni semua gambar2 triplets setelah di BOTAK kan....kami botakkan triplets masa Majlis Aqiqah & Cukur Jambul dorg pada 20/10/2010....





(hehe....muke boring Syed Muhammad Raiyan bile kena dengki ngan ummi)

































 

1 comment:

Ibu Ammar said...

cutenyer ank2 ummi....geram tengok dorang....heheheh:)