Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

06 December 2010

TENTANG PAPA

Tanggal 3 September 2010...5 hari selepas kelahiran triplets...

aku : happy birthday papa... sorry, tahun ni tak sempat beli hadiah birthday
papa : terima kasih...eh sape kate takde hadiah...ini kan hadiah birthday tokpa
-kata papa sambil mengusap2 ubun2 triplets-

Aduhai...sebaknya aku dengar kata2 papa. Air mata rasa macam nak berjurai sangat dah, tapi aku tahan..

Papa....dialah satu2 nya yang aku ada sekarang. Sejak pemergian mama dijemput Ilahi pada 12 September 2002, papa lah tempat aku bermanja & mencurah kasih. Masa tu aku belum kawin pon lagi dan papa masih berkhidmat di Agensi Dadah Kebangsaan (sekarang dikenali sebagai Agensi Anti Dadah Kebangsaan) kat Jalan Yahya Awal JB.. Makan-pakai papa semua aku jaga & uruskan. Sejurus jenazah arwah mama diusung keluar dari rumah, aku dah bertekad!! Aku akan jaga papa sepertimana mama jaga dia...


Adik-beradik aku tak ramai, 4 orang je dan aku satu2 nya anak perempuan & yang bongsu. So, nak harapkan siapa lagi? Aku lah yang akan mengambil alih tugas mama...mama pergi pada usianya 52 tahun akibat kanser payudara. Pemergian mama seminggu selepas hari lahir papa...seminggu sebelum mama pergi, kami sekeluarga sempat celebrate surprise birthday party papa kat rumah. Semua adek-beradek aku berkumpul..kitorg celebrate dengan family je...Tujuannya untuk bagi mama & papa happy sebab pada masa tu, penyakit mama dah semakin kritikal dan kami sekeluarga sedang dalam keadaan tertekan melihat keadaan mama. Masa tu, mama dah tak larat bangun, hanya terbaring je dan hanya mampu duduk sesekali.

Setelah mama pergi, tiap-tiap hari papa akan berkunjung ke rumah mama...biasanya, setiap petang iaitu setiapkali papa balik dari office. Itu dah menjadi rutinnya setiap hari. Aku sebenarnya sangat manja dengan papa. Dari kecik sampai lah sekarang.












Sewaktu aku sarat mengandung, papa adalah di antara orang2 yang sangat risau...setiap hari dia akan call & tanya OK TAK?? Setiapkali aku terbongkang baring depan tv kat rumah papa, dia akan menggeleng2 kan kepala setiapkali tengok perut aku. banyak kali jugak la dia tanya LARAT KE DIK? haha..nak wat camne pa, larat tak larat terpaksa jugak la...



Papa ni adalah manusia yang sangat sporting...adik-beradik aku termasuk la aku sendiri, akan jadikan papa sebagai tempat rujukan setiapkali ada masalah. Bukan dengan anak-anak je, bahkan dengan menantu2 pon papa sporting. Even kakak2 ipar aku yang ade problem dengan husband masing2 pon akan luahkan masalah dorg kat papa. Papa ni dulu kaunselor, so dia memang pandai bab nak menyelesaikan masalah orang ni..Papa jugak merupakan favourite di kalangan cucu-cucunya. Semua cucu memang manja aka mengada-ngada kalau dengan tokpa..






 



Masa aku nikah dulu, papa sendiri yang nikahkan. Masa papa akadkan habibi, aku dapat dengar sara papa bergetar...bergetar menahan sebak. 22 tahun dia menjaga aku, akhirnya dia terpaksa lepaskan aku pada habibi..aku tau malam tu papa sedih. Sedih sebab terpaksa lepaskan aku dan sedih sebab mengenangkan arwah mama yang tak dapat melihat aku diijabkabulkan.



Lepas kawin, aku masih tinggal dengan papa. Alhamdulillah, habibi pon ok. Dia tak kisah aku nak temankan papa. Dia pon aku tengok bukan main ngam dengan papa. Lepas kawin, papa siap sponsor kami pergi honeymoon. Papa pon ikut sekali. Hehe..papa sponsored kami mengerjakan umrah. Masa first time aku kena berhari raya kat rumah mak mertua, aku menangis macam nak apa. Seumur hidup tak pernah berjauhan dengan papa. Pagi raya aku call papa, teresak2 macam nak rak. Hehe..nasib baik parents in law faham... Lama gak la aku & habibi tinggal kat rumah papa. Dalam 2 tahun lebih. Lepas tu baru la kami decide nak hidup di rumah sendiri. Sedih sangat masa nak pindah tu.

Sekarang ni papa dah ada toys baru kat rumah aku. Hihi..cucu-cucu triplets nya. Sebelum ni papa selalu jugak lepak2 kat rumah aku, tapi biasanya cepat je nak balik. Sekarang ni sejak dah ada toys baru ni, papa boleh habiskan masanya sehari suntuk melayan toys nya ni...






















 Hehehe...dulu sebelum ada anak, aku selalu bising bila papa terlalu memanjakan cucu-cucunya.. sekarang ni aku tengok, triplets pon bakal2 menjadi cucu yang mengada-ngada... terutamanya Raiyna (Baby).. Setiapkali dengar suara tokpa, mesti nak merengek2 mintak dokong. Bile tokpa dokong, serta-merta terus senyap.... 





hmmm biar lah..bukan cucu orang lain, cucu dia sendiri. Masa aku nak bersalin, rupa2 nya papa bernazar untuk khatamkan Al-Quran sekiranya aku selamat melahirkan. Alhamdulillah, papa telah menunaikan nazar nya. Sepanjang aku berpantang kat rumah papa, siang malam dia menunaikan nazar nya tu. Kadang2 tu, papa mengaji sambil meriba triplets... cute sekali...

Masa buat upacara bertahniq untuk triplets, papa sendiri yang melakukan nya. Walaupun ramai yang lebih cenderung memilih para alim ulamak atau golongan ustaz untuk melakukan tahniq ke atas baby, tapi aku memilih papa untuk melakukannya.



Begitu jugak sewaktu upacara cukur jambul, aku minta papa yang botakkan kepala triplets...






Setelah 6 tahun pemergian mama, papa akhirnya menamatkan zaman duda nya dengan Hajah Safiah, ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak. Aku panggil dia Mak. Mak dan papa sebenarnya berkawan dari zaman sekolah rendah lagi....satu kelas pulak tu. Tapi masa zaman2 dulu dorg langsung tak pernah bercinta malah selalu bergaduh. Itulah kuasa Allah, bila masing2 dah hidup solo kembali, mereka dipertemukan & disatukan. Aku & adik-beradik sebenarnya yang paksa papa untuk kawin, sebab kitorang tengok mak ni baik dan anak-anak mak pon ok semuanya....pendek kata, anak masing2 dah lepas dan dh jadi manusia, so masing2 dah tak perlu nak pening2 kepala memikirkan tentang anak2...




Sebagai membalas budi papa yang pernah sponsor aku & habibi honeymoon dulu, aku pon sponsor papa & mak honeymoon pulak. Tapi tak la jauh mana pon, pergi holiday kat Kelantan & Terengganu je. Aku & habibi pon follow sekali...hihi




Mak ni baik orangnya...apa yang aku perhatikan, dia jaga papa dengan sempurna, sama macam arwah mama dlu...rajin masak & rajin menjahit. Kadang2 tu aku perasan sifat dia pon ada sedikit sebanyak macam arwah mama jugak. Sepanjang aku dalam pantang, mak lah yang banyak jaga aku. Mak juga sangat akrab dengan Tok Ibu...Tok Ibu merupakan ibu kandung papa. Alhamdulillah, masih sihat walafiat lagi atok aku tu walaupun dah bercucu dan bercicit. Papa memang anak yang baik, setiap minggu papa akan balik kampung di Pontian untuk jengah Tok Ibu....

(tok ibu, papa dan mak sewaktu berkunjung ke rumahku)



  

Itulah kisah papa...Dia adalah bapaku dunia & akhirat. Aku sayang sangat pada papa. Walaupun dah ada suami dan dah beranak-pinak, tapi aku tetap tak boleh ubah sifat anak manja yang dah sebati dalam diri aku. Bagi aku, papa adalah bapa yang sempurna....

Sampaikan waktu aku nak bersalin dulu pon, aku memilih tarikh 3 September untuk bersalin supaya tarikh lahir triplets sama dengan tarikh lahir Tok Pa nya...tapi triplets ni tak sabar2 nak keluar, akhirnya aku bersalin pada 29 Aug 2010...yang istimewanya, tarikh lahir triplets sama dengan tarikh lahir abang ku yang kedua, Yus...

Hmmm takpe la triplets, tak dapat sama birthday ngan Tok Pa, sama birthday ngan Papa Ngah pon ok la.. 28 Aug birthday triplets dan Papa Ngah, 3 Sep pulak birthday Tok Pa... Nanti boleh celebrate sama2....



Itulah kisah papa ku yang dapat aku kongsikan di sini...

-------------------------------------------------------------------------------------------------



PAPA, ASU SAYANG SANGAT KAT PAPA
SEMPENA HARI LAHIR PAPA KE-63, AKHIRNYA ASU DAPAT HADIAHKAN SESUATU YANG SANGAT ISTIMEWA UNTUK PAPA....
TERIMA KASIH PA..
TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN ASU
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN ASU SEORANG MANUSIA
YA ALLAH...
PELIHARAKANLAH PAPA KU
AFIATKANLAH KESIHATANNYA, PANJANGKANLAH USIANYA,
LIMPAH RUAHKANLAH REZEKINYA....

BUAT MAMA..
BELUM PERNAH SEHARI PON HARI-HARI YANG BERLALU
TANPA ASU MENGINGATI MAMA
WAJAH MAMA MASIH JELAS TERBAYANG
BEBELAN MAMA MASIH TERUS TERNGIANG
MAMA WANITA TERHEBAT..
BIARPUN SUDAH ADA YANG MENGISI KEKOSONGAN
TAPI MAMA TETAP NOMBOR SATU DI HATI ASU
YA ALLAH..
PELIHARAKANLAH ROH MAMA KU
TEMPATKANLAH MAMA DI SAMPING ORANG2 YANG KAU REDHAI
~ ASU SAYANG PAPA & MAMA ~











8 comments:

cham's said...

soooooOoo touching beb...i tak tau pun mama u dah pergi, tak sangka i sempat jumpa dia masih kita di bangku sekolah rendah dulu. moga rohnya damai di sana, amen.

LIND JOHARI said...

thanx beb...8 yrs of tears without her by my side...amin..mudah2an

illa said...

aku nangis da bace blog kau.......hmmm kite kene hargai n sayangi ibu bapa kite lebih dr nyawa kite.....ishh...sayu :(

LIND JOHARI said...

thats correct beb..selagi diorg ade, balas la jasa dorg secukup-cukupnye

Anonymous said...

seronok baca blog u ttg triplets ni tapi yg kurang syok ialah on off tudung. maaf ye tuan tanah..semoga terus istiqamah melaksanakan tuntutan wajib ini.semoga terus juga diberi kekuatan dan kesihatan yg baik demi menjaga triplets.

LIND JOHARI said...

ANONYMOUS : terima kasih atas teguran..Insya'Allah akan cuba berubah & lakukan sebaik mungkin

Ibu Ammar said...

huhuhu...sedihnye bc en3 ni...mencurah2 airmata...sbb sy da xde abah....rindu dgt kt arwah abah.....syukur sy masih mempunyai mak....smpi kta tutup mata pun kita xmampu nk balas jasanya melahirkan dan membesarkan kita...kedua2nya berkorban apa sj demi kebahagiaan ank2..kn? mood: sedih yg teramat sgt...:(

Mimie Qaisara said...

sedih nya baca kisah PAPA nie..menitis air mata baca citer nie...apa2 pon kita sayang abah kita...