Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

11 December 2010

MAJLIS AQIQAH, CUKUR JAMBUL, BERANDOI & PIJAK TANAH

Alhamdulillah..tanggal 20 November 2010, kami telah menunaikan ibadah qurban serta aqiqah untuk triplets. Bagi tujuan itu, seekor lembu telah ditumbangkan. Urusan membeli, menyembelih & melapah lembu dibuat di Kempas JB..

Alhamdulillah, kami berkongsi rezeki dengan keluarga & kawan2...majlis yang serba ringkas dibuat di rumah papa. Majlis ni turut diselitkan dengan upacara potong jambul dan pijak tanah.


Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan bacaan Yaasin, berzanji, tahlil & selawat oleh Kumpulan Yaasin Wanita Bandar Baru Uda..




Sebaik selesai bacaan-bacaan, majlis cukur jambul dimulakan diiringi dengan alunan selawat. Aku dokong Raiyna manakala Raniya didokong oleh  Tok Andak Mama dan Raiyan didokong Mama Cik nya...

(Raniya dgn Tok Andak Mama)




(Raiyan dgn Mama Cik)


(Raiyna dgn Ummi)


Hehe..ntah kenapa masa bawak triplets round utk cukur jambul, aku plak yang cuak semacam...upacara potong jambul dimulakan dengan Ustazah atau leader group ni...

(yang tudung putih tu la ustazah nya...asyik cakap "untungnya awak..untungnya awak")



Masa nak start upacara potong jambul tu, triplets semua steady je...dorang semua tak tido, mata masing2 dok terkebil2..bile dah agak lama sket, Raiyan dah start berbunyik... Alamak!!

Anak-anak aku ni semuanya ada masalah tak boleh panas sket... kalau kat rumah tu memang sentiasa dengan air cond. Sebenarnya pe'el tu dah mula sejak dari aku ngandong lagi...masa peringkat awal ngandong dulu, aku langsung tak boleh panas...bile berpanas dan berpeluh, mula lah rase mabok la, rase nak pitam la.. ngengada betol.. pernah sekali tu (mase ngandong 3 bulan), aku & habibi pergi breakfast kat Kluang Coffee,Plaza Kotaraya...macam biasa la park kereta kat basement paling bawah sekali. Dari kereta nak masuk ke plaza tu tak de la jauh mane pon, dalam beberapa langkah je. Tapi disebabkan basement tu terkepung & agak panas sikit, serta merta aku mabok, longlai dan rase nak pitam....

Bile dengar Raiyan dah eheekk eheekk ...aku dah mula gabra. Mama Cik nya yang menggendong Raiyan dah start berjoget2 & berenjut2 nak bagi dia diam...tak de makna nye nak berjoget bagai, tak lama lepas tu dia terus............................................



Tapi antara sebab lain yang membuatkan dia mengarok sebab ramai sangat yang dok cuit2 & cium dia... auuwww malu la makcik2 ni cium-cium i... sebab tu la agaknya dia nangis..maklum la kan, dalam tiga-tiga orang ni, badan dia yang paling sedap sekali, sebab tu ramai yang geram dok cuit2 pipi & cium dia....


Fuuhhh suara dia sama kuat ngan orang2 yang dok berselawat tu...nasib baik la Raniya & Raiyna cool jek. Aku takut gak anak dara dua orang tu berbunyik, tapi sepanjang acara tu berlangsung, Raniya & Raiyna rileks jek...

Upacara potong jambul tu berlangsung agak lama gak, sebab ade 3 pengantin yang nak kena digunting jambulnya...




Upacara ni disempurnakan oleh 7 orang..selain dari ahli-ahli group Yaasin ni, turut melakukan potong jambul ke atas triplets adalah moyang triplets, tokpa triplets & walid triplets...

(my nenek...triplets punye moyang)



(my papa...triplets punye Tok Pa)



(my habibi...triplets punye bapak..hihi)


Alhamdulillah, selesai upacara potong jambul, buat upacara berandoi pulak. Masa acara ni, triplets diletakkan dalam buai sambil dialunkan dengan alunan zikir dan selawat..




Selesai upacara potong jambul dan berandoi, para jemaah Yaasin menjamu selera..Alhamdulillah, ramai yang memuji keenakan juadah pada majlis tu. Sekalung penghargaan untuk  Joanna Catering yang menyediakan makanan sedap2 serta tiga orang pelayan yang rajin2 semuanya...





Menu utama pada hari tu..nasi beryani bersama lauk-pauk nya...sajian utamanya of coz la daging lembu.. Alhamdulillah, ramai jugak saudara-mara yang sedekahkan juadah2 sampingan seperti kuih-muih dan buah-buahan...Semoga Allah S.W.T limpah ruahkan rezeki kalian..






Wahhh..bukan main lagi makcik2 group Yaasin tu interview aku. Macamane bole dapat kembar la, macamane nak jaga kembar la...haha rezeki dari Allah, makcik...

Lepas dah selesai, majlis diteruskan dengan acara menggondolkan kepala triplets..papa lah yang bertanggungjawab menggondolkan kepala cucu-cucunya...

~Raniya~




~Raiyan~




~Raiyna~



(3R...gondol sudah)


Lepas dah settle acara botak-membotak, acara terakhir adalah upacara pijak tanah atau ada gak yang panggil cecah tanah atau turun tanah....

~Raniya~



~Raiyan~



~Raiyna~


Alhamdulillah...selesai semua acara..lepas tu, triplets berehat2 dalam buaian yang direka khas hasil kerja dari  Kimyana Live With Style...



Alhamdulillah...tercapai sudah hajat kami pada hari tu..Majlis berlangsung dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang membantu menzahirkan majlis ni terutamanya family members yang bertungkus lumus untuk majlis ni...

Terima kasih juga kepada saudara-mara dan kawan2 yang sudi hadir..Wassalam


*untuk melihat foto2 sepanjang majlis ni, sila layari facebook  Lind Johari

1 comment:

nabilla syima said...

moga kembar3 ni sntiasa sihat dan jd org yg soleh serta solehah....beruntung btl umie dan walidnya....