Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

02 December 2010

KEPERLUAN ASAS SI KEMBAR TIGA

Malam semalam aku & habibi ke Giant Pelangi...membeli barang2 keperluan triplets & belanja barang2 seisi rumah...kami keluar berdua, triplets tinggal dengan bibik2....

Menyentuh tentang keperluan triplets, tak dinafikan jumlahnya berganda2 jika nak dibandingkan dengan bayi2 biasa. Selalunya, kami shopping diapers & susu kat Giant atau Jusco...Setiapkali membeli, kami akan borong stok untuk sebulan terus...


Huggies Size S...setiap pack ada 66 keping... selalunya diapers ni kami beli sebanyak mana yang ada kat display rack tu....kalau ade 10, maka 10 lah kami sambar...




Ini pulak susu dorg...Similac Neo Sure...susu ni payah sikit nak jumpa. Even kat hypermarket besar2 pun susah nak jumpa Similac yang jenis ni... Sebelum ni aku selalu beli kat D'Aporthic Pharmacy, tapi kat situ selalu kehabisan stok. Kena tunggu dorg order sampai seminggu. Sekarang ni susu ni dah ada jual kat Giant. Setiapkali beli susu ni, kami akan beli satu kotak terus. Satu kotak ada 24 tin...satu tin susu ni akan habis dalam masa satu hari je. So dalam sebulan mesti ada stok 30 tin kat rumah... kadang2 kalau kami berjalan kat mana2 shopping mall & ternampak ada susu ni, kami terus je beli banyak2...senang, simpan stok kat rumah je...



No comments: