Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

22 December 2010

BILA "BUNGA-BUNGA" BERGUGURAN

Haiiyyyaa..sejak kebelakangan ni, aku dapat rasakan satu perubahan yang agak memeranjatkan pada tubuh badanku..bukan disebabkan berat badan sebab aku rasa berat aku agak steady je walaupun sukar nak dapat balik figure masa zaman anak dara dulu..tapi yang membuatkan aku sedikit risau adalah bila rambut semakin banyak berguguran...

Mula2 terfikir jugak, adakah ini kesan daripada menggunting & merebonding masa lepas pantang ari tu???


Atau adakah disebabkan kemahiran baru triplets yang suka sangat tarik-tarik rambut aku??






Selalu sangat aku dengar orang cakap, kalau baby dah start pandai main air liur, siap lah...mesti rambut mak akan gugur. Setelah aku melalui sendiri pengalaman ni, aku macam tak puas ati plak. Sejauh mana kebenarannya dan apa related nye keguguran rambut ngan air liur baby ni...

Memang aku tak nafikan, sejak dah memasuki usia 3 bulan lebih ni, triplets memang dah pandai menyembur.. kadang-kadang sampai naik basah lencun baju..ramai orang pernah cakap kat aku, ALANGKAN ANAK SORANG JE BERKOYAN-KOYAN RAMBUT GUGUR, NI KAN PULAK SEKALI TIGA....








Disebabkan nak sangat mendapat kepastian, maka macam biasa lah..aku pun meng google pasal keguguran rambut selepas melahirkan anak ni...

Sebenarnya, keguguran rambut yang biasa dialami oleh ibu-ibu yg baru melahirkan anak ni adalah disebabkan delayed effect of hormon estrogen.  Ini kerana sepanjang waktu ibu mengandung, rambut gugur amat kurang atau hampir tiada berikutan hormon semasa mengandung yang memelihara pertumbuhan rambut. Once kita beranak, estrogen pun back to normal level sbb the biggest estrogen production waktu pregnant is by the placenta. Bila placenta dah keluar, level estrogen pun turun ke normal. It takes roughly 3 months after delivery baru ada effect sampingan (delayed effect) penurunan hormon estrogen nih, maka keguguran rambut pada ibu-ibu pun berlaku. Serentak dengan itu, bagi bayi-bayi yang berusia 3-4 bulan, kilang air liur mereka mula terbentuk dan merembeskan air liur yang banyak. Walau bagaimanapun, bayi belum berupaya untuk menelan kadar air liur yang berlebihan tu..thats why la air liur tu selalu meleleh. Dan pada masa yang sama, kebolehan fisio yang baru dipelajari oleh baby membuatkan mereka gemar menyembur-nyembur air liur sambil membuat bunyi-bunyian seperti bbuuurrrrr....  Boleh check dalam buku fisiologi O&G kalau nak confirmkan...

So, secara ilmiahnya, keguguran rambut yang berlaku pada ibu-ibu ni TIADA KAITAN LANGSUNG dengan perbuatan baby menyembur..cuma benda-benda tu berlaku secara kebetulan dan dalam masa yang serentak....

Keguguran rambut ini, bagi kebanyakan ibu, akan beransur kurang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, elok juga mendapat tambahan vitamin (zink dan iron) bagi memastikan tubuh kita benar-benar pulih selepas proses bersalin. Sekiranya keguguran rambut masih berterusan dan menunjukkan gejala botak pada sebahagian kepala, ibu perlu merujuk lanjut dengan doktor untuk memastikan tiada sebarang masalah lain seperti thyroid dan sebagainya.

ooppss ini hanya gambar hiasan..bukan gambar kepala aku, ok!!

Hmm...itu lah faktanya. Tapi tak dinafikan, semakin hari aku semakin risau dengan 'bunga-bunga' yang semakin berguguran ni..kat dalam rumah ni, di mana-mana je boleh jumpa helaian-helaian rambut aku.. yg paling ketara sekali kat tilam dan bantal..kat carpet toksah cite la...sekarang ni bila memasak kat dapur, aku akan pastikan keseluruhan kepala aku ditutup untuk mengelakkan rambut-rambut ni masuk dalam makanan (sebab habibi pernah terjumpa rambut aku dalam sup ayam..huhu)

(kat tilam)


(setelah dikokot dari celah-celah carpet)


(dikokot dari sikat..pehhh)

So relatednye di sini, mase mengandongkan triplets dulu of coz la hormon aku terlebih2 kan..mesti tiga kali ganda berbanding yg single pregnancy...thats why mase peknen dulu aku dapat rase yg rambut aku macam lebat gile...hhmmm so terpaksa lah bersiap sedia menghadapi saat-saat ni...

Terpaksa lah ummi lupakan niat nak buat rambut macam ni..............................













10 comments:

Mama Kembar 3 said...

Mama dulu pun rambut gugur berjuta juta lemon, sampai botak kat atas dahi tu. Nasib baik lepas pakai satu hair growth krim brand Himalaya, rambut tumbuh balik, legaaaa

Aku Ibu Muda said...

AIM pon sdg melalui saat2 keguguran rambut..dah sebulan lebih mcm ni..huhu


Entry terkini:
Kemalangan? Apa nak buat ni???
Kehidupan seorang callman siri I

Marsha~ said...

salam... suka baca pasal kembar tiga ni.. nak tanye ye, awak amik bibik dr agen mana?? mcm bagus je agent tu cepat boleh tukar bibik.. sy nak standby sebab bibik saya dah nak habis contract.. dan sy tak suka dgn agent yg sbebelum ni...

berapa ye gaji serta bayaran permulaan.. boleh email saya tak??? thanx..

marcia.zlyana@gmail.com

thanxx..

bun_nee said...

salam.. suka baca entry pasal kembar2 ni.. syukran

chubby woman said...

kepala ibu sebelah kanan ni dah nampak kulit kepala...sejak kelahiran pertama...baru je nak tumbuh balik...beranak lagi...sampai lah yang ketiga ni ha...sekarang baru la nampak tanda2 rambut tu nak tumbuh balik coz Bulat dah x menyembur lagi....

LIND JOHARI said...

@mama kembar 3 : ye ke mama..alamak bertambah2 risau dh ni...nak kena carik gak la Himalaya tu..

LIND JOHARI said...

@aku ibu muda : huhu..same lah kite kan..kena sabar je la..

LIND JOHARI said...

@marsha : sorry 4 d late reply ye..ok boleh, nanti sy emailkan, tp kena tnggu husband balik keje sbb dia yg uruskan semua tu...contact no. sema pd dia...nnti sy email ye..

LIND JOHARI said...

@bun_nee : tq dear

LIND JOHARI said...

@chubby woman : haha..tu lah sape soh beranak tak berenti..kahkahkah