Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

03 December 2010

BILA BAYI TERSEDU

Hiikk..hiikkk...

Tersedu.....biasa aje benda ni. Semua baby alami benda ni. Kita semua masa kecik2 dulu pun selalu tersedu, even dah besar panjang ni pon masih gak tersedu. Umumnya, orang selalu mengaitkan tersedu ni dengan macam2 mitos. Ada yang kata baby nak membesar...ada plak yang kata baby masuk angin...

Selalunya, bila triplets tersedu, aku tampal dahi dorg dengan cebisan kertas, tisu, benang atau apa saja la yang sempat dicapai. Walaupun tersedu ni tak membahayakan dan tidak memberi kesan negatif pada baby, tapi setiapkali dorg tersedu, mesti kita sebagai ibu bapa nak cepat2 hilangkan sedu tu.

Setelah aku menggoogle pasal fakta sebenar bayi tersedu, maka inilah yang aku jumpa...


 

Bayi Tersedu Daripada Dalam Rahim Lagi

Sedu boleh berlaku bermula minggu keenam selepas konsepsi, sekalipun pergerakan pernafasan belum muncul ketika itu. Ini boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.
Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

 

Kenapa Manusia Tersedu

Apabila kita menarik nafas,  diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru. Tetapi ada ketikanya, proses ini terganggu. Apabila ini berlaku, diafram membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.  Oleh itu, udara berebut-rebut masuk dan melanggar kotak suara anda. Maka terhasillah bunyi hik, hik.

 

Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?

Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi  susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik.

 

Bila Perlu ke Doktor

Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.
“Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.”  kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.

 

Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?

Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkannya secar sendiri. Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’

Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.

Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi. Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.



Haaa...itulah fakta sebenar tentang sedu ok!! hehe tapi dah menjadi kebiasaan pada aku, or even my family, bila baby sedu je, terus tampal dahi dorg...tp kadang2 berkesan gak kaedah ni, dalam masa tak sampai berapa minit je sedu dah hilang. Tak tau lah sejauh mana kebenaran kaedah ni & apa kaitannya dengan benda2 yang kita tampal kat dahi baby tu...






Yang kelakarnya tentang triplets ni, kadang2 hanya sorang yang tersedu...lepas yang sorang tu abis, sorang lagi plak sambung sedu...ada jugak kadang2 tu dorang tersedu serentak...bersahut-sahutan plak bunyik nya...


Apa pun kaedah yang kita gunakan untuk menangani sedu ni, terpulanglah pada kepercayaan & kebiasaan masing2. Nak tampal dahi ke, nak bagi minum air masak ke, bagi minum susu ke...terpulanglah.

No comments: