Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

03 December 2010

44 HARI?? 60 HARI?? 100 HARI??

Menjalani proses berpantang bukanlah sesuatu yang menggembirakan aku. Lebih2 lagi bila terpaksa menghabiskan tempoh berpantang kat rumah papa. Bukannya apa, bila berpantang di bawah pengawasan orang tua ni, maka banyaklah benda yang TAK BOLEH... Sepanjang berpantang, aku dijaga & diawasi oleh ibu tiriku yang ku panggil Mak.

Mak cukup jaga pergerakan aku. Tak pakai stokin kena sound, tak ikat rambut kena sound, baring atas carpet kena sound, lambat makan kena sound....pendek kata sepanjang tempoh tu hidup aku terpaksa akur dengan macam2 peraturan.



Tapi aku ni jenis yang main redah je. Pantang tu pantang jugak, tapi ada jugak certain benda yang aku langgar. Habibi bising2 jugak, tapi setiapkali dia bising, aku akan jawab.... American Style!!!! Sebab aku tengok org2 putih tu takde pon pantang2 sangat. Aku pernah tgk Discovery Channel, sehari lepas bersalin dah minum arak. Bukanlah bermakna aku pon nak teguk arak macam dorg, cuma dari segi teknikalnya aku perhatikan dorg main harung semacam je. Tak de pon nak kena minum akar kayu la, bunga ratu pari la... pastu dorg takde pon pakai kain batik. lepas bersalin dh pakai seluar pendek, selamba je. Takde pon bertepek dahi dengan pilis..

Tapi akhirnya aku akur & akui, berpantang cara masyarakat Melayu banyak memberi faedah pada kesan jangka panjang seseorang wanita..

Aku ada beberapa senarai atau tips semasa dalam pantang ni. Sesiapa yang nak tau, klik je kat sini ... Ada macam2 tips yang bagus2...

Aku berpantang selama 44 hari je, lagipun itulah tempoh yang paling sedikit..(ada tak pantang 10 hari je?) Aku dengar ada orang yang berpantang 60 hari, ada yang 90 hari dan ada yang 100 hari...mak aih. Tamat je tempoh 44 hari tu, aku rasa merdeka sangat. Mana taknya, sepanjang berpantang macam2 benda yang tak boleh buat. Itu pun ada jugak sesetengah perkara yang aku langgar, contohnya seperti keluar rumah....mak kata sepanjang tempoh pantang tak boleh pijak tanah aka keluar rumah...tapi aku lepas seminggu bersalin dah merayap sampai ke Tesco....alaaa tapi boleh dimaafkan sebab masa tu aku cari barang untuk triplets (macam tak boleh carik hari lain kan...)

Masuk je hari ke 45, aku dah mula ngada2 mintak macam2.....nak makan itu la, makan ini la..... keinginan untuk makan sangat membuak2 mengalahkan masa mengidam dulu....hehe terima kasih untuk Habibi sebab sudi melayan keinginan makan lepas berpantang ni....

(lagi seminggu nak abis pantang, aku dah mula demand benda ni...hehe hari ke 45 dapat makan..mekasih habibi sebab sudi belikan)




(dua minggu lepas pantang, makan pulak benda ni..kebetulan masa lalu kat kawasan Kebun Teh JB, ternampak plak kedai dia..apalagi balun la...walaupun ada yang menasihatkan agar berpantang minum ais selama setahun..huhu)







(pastu tekak ni teringin pulak nak makan cendol sagu kat Ayer Hitam. Sanggup tinggalkan triplets kat rumah semata2 nak pergi makan benda ni...jarak tempat ni dengan rumah adalah lebih kurang 1 jam perjalanan)


Kesimpulannya, tak kira lah 44 hari ke...60 hari ke...atau 100 hari sekalipun, terpulang la pada individu tu sendiri. Bak kata papa aku, yang menanggung sakit sok badan sendiri......
Tapi walaupun tempoh berpantang aku agak mengelat, tapi banyak jugak benda2 yang aku still ikut terutamanya bab nak mencantikkan semula badan...hehehehe..... 


4 comments:

achik ezam said...

jaga badan wei..

nanti melayut tak tentu pasal kang...

ekekekekeke

LIND JOHARI said...

muahahaha....i am american!!!!!

Anak Atan & Nani said...

watch out ur sugar level ha...

LIND JOHARI said...

hehe..alaa mase ngandong takleh mkn manis2, ni kira balas dendam ar nih...