Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

YEAYYY...DISCHARGE!!!! THANK YOU R.S.H

2 Sep 2010...pagi2 doc datang cek..Alhamdulillah hasil pemeriksaan, aku dibenarkan pulang. Tapi doc nasihatkan supaya anak ku yang bongsu, Raiyna tidak dibawa pulang disebabkan doc perlu memantau rapi keadaan nya kerana dia kurang berat. Berat Raiyna 1.8kg memerlukan doc sentiasa mengawasi kesihatannya.

Aku merayu2 pada doc untuk membawa pulang kesemua anak2 ku..tak sampai hati rasanya nak meninggalkan Raiyna sorang2 di wad...Ok, doc benarkan tapi dengan syarat Raiyna perlu SEGERA dibawa ke hospital sekiranya keadaan kesihatannya terjejas. Ok aku bersetuju!!!! Doc menerangkan secara panjang lebar tentang penjagaan bayi pra-matang. 
  • tak dibenarkan cium baby 
  • persekitaran baby mesti bersih
  • gunakan hand sanitizer setiapkali ingin memegang baby (punyalah banyak doc bagi Instant Hand Sanitizer brand Dettol & Antabax)
  • sentiasa gunakan air-cond dengan tahap kesejukan sederhana kerana air-cond bertindak menapis & membersihkan udara serta habuk
  • pakaian baby mesti dibasuh dengan air panas & gunakan sabun khas pencegah bakteria


Memang banyak betul prosedure yang perlu dipatuhi dalam menguruskan anak3 pre-matured ni..Selain susu badan, anak3 aku juga diberikan susu ramuan khas bagi bayi pra matang. Susu tu didatangkan khas dalam botol susu. Setiapkali habis menyusu, botol susu & puting perlu dibuang dan tak boleh dihunakan lagi. Kalau susu tak habis pon kena buang jugak, tak boleh simpan even for 5 minutes...susu tu tak dijual di pasaran, hanya farmasi terpilih & hospital tertentu je yang ada.


(Enfalac A+ For Premature)



Petang tu kami semua pulang ke rumah...Nurse2 & kakitangan RSH mengiringi kami hingga ke kereta.. hahaha glamour betul anak3 aku, pas sorang, sorang nak bergambor ngan anak3 aku....

Sepanjang berada di wad, keseluruhan staff di Regency Specialist Hospital (RSH) melayan kami dengan baik. Daripada doktor, nurse, eksekutif, security hinggalah cleaner nya...semua peramah2 dan baik hati. Malam sebelum aku bersalin, isteri Dr. Tokha pon datang melawat di wad, siap berikan kata2 perangsang lagi...Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan layanan dorg. Memang superb & 5 stars...

Sebelum pulang, hospital bagi banyak hadiah utk triplets...Thank u so much...

 (hadiah dari Regency Specialist Hospital)


(hadiah dari Dr. Tokha & Regency Specialist Hospital)



(hadiah dari CellSafe International...syarikat yang menguruskan penyimpanan stem cell triplets)


Aku sangat berpuas hati dengan service kat sini...u guys did a good job!!! Syabas RSH....





Terima kasih Doktor & seluruh kakitangan Regency Specialist Hospital JB terutamanya O&G Clinic dan Ward 2B ....

2 comments:

aNgAh_aLiFaH said...

salam akak, bole tanye stem-cell tu ape?

LIND JOHARI said...

@angah_alifah : stem cell tu darah yg di ambil dr tali pusat baby. Darah tu disimpan di stem cell bank. Darah tu boleh menyembuhkan macam2 jenis penyakit kronik..
http://www.edaransalindah.com/stemcells-Darah%20Tali%20Pusat.htm