Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

29 November 2010

TRIPLETS UPDATES : 0-1m

Dalam usia 0-1 bulan ni, x banyak sangat aktiviti triplets ni...cuma tido-susu-tido-susu..

Dorg ni tido je sepanjang hari...menyusu 3jam sekali..2 oz sekali minum....waktu siang memang dorang akan bantai tido, tp bile malam dorang akan berjaga sampai ke pagi..habit dorang ni sebenarnya bermula sejak dari dalam perut lagi...masa mengandung dulu, waktu siang dorg rilex je, tak banyak movement sangat. Tapi bila malam je, especially bila aku dah lena tidur, waahhh bukan main aktif lagi dorg ni kat dalam....terbonjol perut sana sini sampai aku sendiri dah tak tau benda2 yang terbonjol tu kaki ke, siku ke, tangan ke...

Sepanjang dorg berjaga malam, aku bergilir2 dengan habibi, just untuk monitor dorg..bila time menyusu, aku & habibi sama2 bangun...

Tanggal pusat.....Raniya tanggal pusat pada hari ke-5 kelahirannya iaitu pada hari Jumaat.. Raiyan pulak tanggal pusat pada keesokan harinya iaitu pada hari ke-6, sabtu pagi..petangnya pulak pada hari yang sama, pusat Raiyna pulak tanggal....aku simpan pusat dorang tu, mengikut kata orang2 tua, manalah tau esok2 kalau dah besar ade di antara mereka yang tak ngam @ asyik bergaduh, pusat tu direndam dalam air & diberi minum...Wallahu Aalam

Triplets mandi 2 kali sehari iaitu pagi dan petang...tengahari aku hanya sponging @ lap2 badan dorg je...pada waktu2 macam ni aku amat menitik beratkan kebersihan dorg..salin diapers setiap 2 jam sekali.. pakaian dorg masih dicuci dengan air panas...kami siap beli mesin penapis habuk & udara keluaran Diamond...kami juga masih selalu berhubung dengan Dr. Tokha sekiranya ada kemusykilan tentang kesihatan baby..kami juga mendapatkan khidmat Paediatrician / Neonatologist dari Puteri Specialist Hospital iaitu Dr. Ismail Haron...baik sangat doc tu..boleh dikatakan tiap2 hari kami bermesej2 ngn Dr. Haron utk bertanya tentang apa jua kemusykilan..hehehe triplets tak berak satu hari pon kami sms kat dia..

(Dr Ismail Haron, Paediatrician / Neonatologist, Puteri Specialist JB)


Triplets pada usia 0-1 bulan....


(hari ke-6 ~ dari kanan : Raniya..Raiyan..Raiyna..)



(hari ke-11 ~ dari kiri : Raniya..Raiyna..Raiyan)




(hari ke-11 ~ walid dan Raiyna)



(hari ke-13 ~ Raiyan & ummi)






(hari ke-13 ~ Raniya & ummi) 





(hari ke-16 ~ Raiyan & ummi)




(hari ke 17 ~ dari kiri : Raniya..Raiyan..Raiyna)




(hari ke-25 : Raiyan)




(hari ke-30 : Raniya)




(hari ke-30 : Raiyna)




Pada peringkat usia ni, rupa dorang lebih kurang sama je, kadang2 aku sendiri pon kompius...


5 comments:

AIN NAZRI said...

kak, baper kos bersalin triplet kat hospital pakar tuh? mahal tak?

LIND JOHARI said...

@ain nazri : disebabkan triplets & czer, kos nye mahal sket..tp klu bersalin biasa harga nye standard je dlm 2-3k...depends jgk pd jenis bilik yg kite amik..

Khairul Nizam said...

berape coz yg sis kene ek..bleh buat bajet siap2..

UMMI 3R said...

kos utk bersalin rm9k lebih semua sekali

Khairul Nizam said...

ok thanks..hope our triplets pun sihat n sempurna sifat like yours..