Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

KISAH DI SEBALIK NAMA

Hari kedua selepas kelahiran, aku & habibi dah mula berbincang tentang nama anak3...sebenarnya kitorg mmg dah prepare lama nama2 ni...cuma pilihan tu agak banyak jadi nak kena decide nama yang mana satu..

Bercerita tentang nama ni, sebenarnya nama2 ni aku yang cadangkan. Cuma awal2 lagi kami dah decide nak cari nama yang bermula dengan huruf R disebabkan nama habibi sendiri bermula dengan huruf R iaitu Syed Muhammad Ridza..

Dalam pemilihan nama, sebenarnya ramai di kalangan ahli keluarga yang memberi cadangan nama2 yang sesuai. Kalau diikutkan trend golongan Syed-Sharifah ni, dorg lebih prefer letak nama anak dengan nama2 nenek moyang terdahulu. Dalam family habibi, antara nama2 turun temurun yang dicadangkan seperti Syed Hussein, Syed Ahmad, Syed Abdullah...awalnya dulu, aku sebenarnya lebih berminat dengan nama2 tokoh Islam seperti Halimatul Saadiah, Rabiatul Adawiyah, Fatima Azzahrah, Luqman Alhaqim...tapi disebabkan nak kan sangat pangkal nama huruf R maka terpaksa lah cari pilihan lain. Lagipun kami dah decide, ketiga2 nama triplets ni mesti mempunyai sebutan yang hampir sama.

Seawal kandungan 5 bulan lagi iaitu ketika doc dh mengesahkan gender triplet, aku dah mula survey2 nama2 Islamic yang sesuai...cari punya cari, akhirnya aku dapat cari apa yang aku nak kat sini...
http://www.names4muslims.com/baby-girls.php?list=&name=%&page=15

Kami juga pernah berhasrat untuk menamakan triplets bersempena nama atok & nenek2 mereka yang telah meninggal dunia. Syed Abdullah nama Almarhum bapa mertuaku. Sharifah Badariah nama Almarhumah ibu mertuaku dan Khalifah nama Almarhumah ibu kandungku...maka kami bercadang menamakan triplets dengan nama Syed Abdullah, Sharifah Badariah dan Sharifah Khalifah....

Yang kelakarnya pulak, ada jugak yang mencadangkan aku menamakan anak2 perempuan dengan nama Safa dan Marwah...sebab masa tu sinetron Indonesia Safa & Marwah tengah hot kat astro...

Pilih punya pilih, selidik punya selidik......Akhirnya kami berkenan dengan nama RANIYA, RAIYAN & RAIYNA...

BABY #1

Anak sulungku ini aku namakan Sharifah Raniya Azzahra...Raniya bermaksud permaisuri yang cantik. Nama Azzahra tu pada awalnya aku nak letak dengan satu nama lain, bukan nye Azzahra. Nak dijadikan cerita aku ada join satu fanpage kat facebook.... http://www.facebook.com/lindj#!/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood/248113084254 Fanpage Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang penceramah bebas. Aku pun saja2 la tanya kat dia pasal pilihan nama anak2 aku...Ustazah cakap nama Raniya tu bagus & sedap didengar, cuma satu nama lain tu dia tak berkenan sangat...dia nasihatkan agar aku tukarkan dengan nama Azzahra. Katanya, Zahra bermaksud bunga yang cantik. Dan apa yang penting, katanya mudah2an anak aku kelak akan mengikuti keperibadian & sifat luhur Saidatina Fatimah Azzahrah iaitu anakanda Rasulullah S.A.W..kerana Azzahrah adalah gelaran yang diberikan Rasulullah kepada puteri baginda...Maka aku pun setuju menamakan anak sulungkan dengan nama SHARIFAH RANIYA AZZAHRA..


BABY #2

Cahaya mataku yang kedua aku namakan SYED MUHAMMAD RAIYAN. Sebutan nama anak ku ini adalah RAI - YAN, bukannya RAI - YEN..Raiyan bermaksud nama pintu syurga yang dibuka pada bulan Ramadhan dan umat2 Islam yang berpuasa akan masuk ke dalam syurga melalui pintu Ar-Rayyan. Nama ni jugak dipilih bersempena kelahirannya pada bulan Ramadhan. Hehehe...sebenarnya pasa asalnya ada banyak list nama yang kitorang pilih untuk anak lelaki ni...awalnya aku nak namakan anak lelaki ku dengan nama SYED RAMADHAN ALMUBARAK...SYED MUHAMMAD RIDZQ... SYED MUHAMMAD RAFIQ...tp akhirnya kitorang berkenan ngan nama Raiyan sebab dah set biar sebutan nama tiga2 anak ni sama. Nama ni kami pilih sendiri, takde minta pandangan sesiapa...kalau ikutkan aku, selepas nama Raiyan tu aku nak letak satu nama lain lagi, tapi habibi tak bagi...dia ckp panjang sangat. So kira ok lah, SYED MUHAMMAD RAIYAN SYED MUHAMMAD RIDZA...


BABY #3

Yang ketiga ni aku namakan SHARIFAH RAIYNA AZZAHRA...sebutannya RAI - NA...kenapa aku eja nama dia camni?? Sebenarnya, kalau diperhatikan, nama RANIYA..RAIYAN...RAIYNA mempunyai lima huruf yang sama. Huruf yang sama kemudian diterbalik-terbalikkan..thats why ejaan Raiyan mcmtu dan tidak dieja seperti biasa ( Rayyan )...and thats why jugak ejaan nama Raiyna kami eja mcmtu.

Itulah nama ketiga2 anak kami...SHARIFAH RANIYA AZZAHRA ALQUDSI, SYED MUHAMMAD RAIYAN ALQUDSI & SHARIFAH RAIYNA AZZAHRA ALQUDSI. Nama Alqudsi pulak adalah surname atau nama keturunan keluarga habibi yang perlu dikekalkan turun temurun.

9 comments:

mee6581 said...

terharu nas baca bait2 terjemahan akak betapa berharganya,ia pd akak dan abg rasa mcm nk menitis air mata ni entah kenapa hati ni tersentuh.belai dan didik lah mereka spt y semua ibu bapa didunia ini inginkan.nas doakan kebahagian akak sekeluarga amin.

LIND JOHARI said...

InsyaƁllah nas...time kasih kerana banyak membantu akk selama ni..

aNgAh_aLiFaH said...

salam kak lind, sayee terharu sgt dgn kejadian Allah ttg kembar. tahniah sbb akak antara yang bertuah tu. dan nama anak2 akak pun sedapp sgt. :D

tahniah skali lagi...

LIND JOHARI said...

@angah_alifah : Alhamdulillah..time kasih ya angah

Anonymous said...

hehehe...kak linda...asben za pun nk nama keturunan die...tp nk letak AZ di awalan...adoiii...kan xde makna tu...nk tnyer ustz bahyah gak la...

ismi said...

nama yg ustazah tak berkenan tu apa? boleh jugak jadi rujukan buat kami.
cantik sungguh nama2 pilihan ummi. ada makna baik dan sungguh unik kerana lima huruf sama yg di tukar aturannya.
Raiyna apa pula maknanya?

LIND JOHARI said...

za : bole mintak pandangan ustazah tu dulu...dia baik, tanye ape je mesti dia respon punye...

LIND JOHARI said...

ismi : hehe...actually nama tu mmg takde makna pon...asalnye nak letak nama DARIDZ, combined nama lin (linda) dan husband (ridza)... sebab tu la ustazah bahyah tak berkenan. Tu yg dia soh letak Azzahra tu..hehe

Ema Rose said...

baby2 awak sgt kiut. hehe.. :)