Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

PERTAMA KALI MENATAP MU

Pagi 30 Aug 2010...aku bangun awal sebab nurse kejutkan utk sponging. Nurse lap2 badanku & tukarkan apa yang patut. Aku amat hargai tugas mereka. Pegang darah, tukar pad semuanya nampak biasa bagi mereka. Terima kasih nurse2 Ward 2B!!!!

Lepas sponging. pintu bilik ku diketuk...

TAADDDDAAAAAA!!!!! hihihi...nurse bawak masuk anak-anak ku...

Nurse hulurkan baby yang sulung....HAA..YG INI KAK LONG...ujar nurse sambil tersenyum. Ya Allah, menggigil aku ketika pertama kali memandang mereka semua...air mata tiba2 bergenang. Ya!! Ini zuriatku, ini hartaku, ini nyawaku....

Habibi menghampiriku yang sedang memegang baby.. MCAMANE DORG 3 ORANG NI BOLE MUAT DDUK DALAM PERUT MI EK?? tanya habibi padaku....aku hanya tersenyum. Dalam hatiku berkata Itulah kuasa Allah...habibi mendokong baby kedua...

Satu persatu wajah anak2 ku ku tatapi...ahh tak kisah lah ikut muka siapa pun, yang penting semua dilahirkan selamat & sempurna. Cuma aku kasihan melihat baby yang bongs, saiznya terlalu kecil, 1.8kg berbanding kakaknya 2.14kg dan abangnya 2.10kg...Tapi mengikut kata doc, walaupun dia dilahirkan kecil, dia tak perlu diberi sebarang rawatan ssulan kerana dia berupaya untuk bernafas dengan sendiri. Paru2 nya cukup kuat & tak perlu diberi sebarang bantuan. Syabas anak ku!!! Ummi tau anak ummi kuat2 semua nya..

Pagi tu aku rasa sangat berlainan dari hari2 sebelumnya. Aku & habibi habiskan waktu pagi tu bersama anak2 kami...pertam kali beri dorg susu badan adalah satu pengalaman yg sangat menyeronokkan. Betapa kekok nya aku sehingga nurse2 terpaksa ajar cara menyusu...aku susukan anak2 ku seorang demi seorang. Alhamdulillah, air susu banyak sangat sampai basah baju. Anak2 nampaknya perlu masa untuk serasi dengan cara menghisap..hihi kelakar plak tgk dorg hisap, mcm anak burung...

(hehe..first time to breast-feed my baby)


(satu keseronokan yg tak tergambar bila dapat menyusukan anak sendiri)


(doc pesan jangan cium baby dulu, takut kuman...tp mane bole tahan beb...hehe ummi cium je)


(baby #3)


(baby #1)


(baby #2)





3 comments:

ismi said...

dapat baby 1 je pun dah teramat happy. ni tiga, tentu tersangat2 happy dan terasa besar benar nikmat dariNYA. Syukur ummi dapat merasakannya apatah lagi berkat kesabaran menunggu 6tahun.

LIND JOHARI said...

Alhamdulillah ismi...mmg happy yg teramat sgt... lebih2 lagi dh menunggu lama, berganda2 kegembiraan nye

Anonymous said...

seronoknya linda...bila ler nak merasa gak nih... klu usaha berjaya dpt 1 dulu pun dah syukur sgt tp klu dpt 3 bonus la.... Doakan utk kami k ~NHAY~