Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

PENGSAN & KURANG DARAH

1 Sept 2010...hari ketiga kelahiran triplets..nurse nasihatkan aku untuk berjalan sekitar bilik untuk melancarkan perjalanan darah sambil exercise sikit2...pagi tu lepas breakfast, aku try berjalan. Sebelum ni hanya turun dari katil utk ke bilik air je, tu pun tak jauh mana sebab bilik air kat dalam bilik tu jugak, sebelah katil je. Dan pagi tu buat pertama kalinya kaki aku melangkah 'jauh' dengan dibantu oleh seorang nurse.

Ya Allah, punya la sakit bila melangkah....aku terpaksa jalan terbongkok2 sambil tangan terpaksa ampu tempat pembedahan. Jalan selangkah demi selangkah. Rasanya mcm nak stop je, tapi nurse suruh teruskan jugak sebab dh lama sangat aku terbaring atas katil. Ada la dalam 2 minit aku berjalan, tiba2 kepala rasa pening yang amat sangat. Pandangan mata tiba2 kabur, berpinar, berpusing2 dan nafas tercungap2..aku mengadu pada nurse. Nurse cepat2 soh habibi ambik kerusi sebab masa tu jarak aku agak jauh dengan katil. Habibi bingkas ambik kerusi. Aku terus duduk atas kerusi, lepas tu aku dah tak tau apa yang terjadi.

Sebaik sedar, ada ramai nurse keliling aku dan aku masih dalam keadaan duduk atas kerusi. Rupanya aku pengsan. Nasib baik la pengsan masa tengah duduk...kalau pengsan masa tengah berdiri tak tau la apa jadi. Aku pengsan kejap je, dalam beberapa second je...lepas pada tu sepanjang hari aku baring je atas katil.

Petang doc datang check...rupa2 nya aku kekurangan darah...kalau orang normal biasanye bacaan HB (haemoglobin) 14, tapi HB aku cuma 6 je...so doc decide utk masukkan darah.

Pukul 8.00 malam, mula masukkan darah..dari satu beg ke satu beg. Malam tu boring sangat. Nak pegang baby tak boleh, nak bergerak tak boleh..hanya terbaring atas katil sambil tengok tv. Sewaktu proses memasukkan darah ni, ada sejenis ubat yang dimasukkan dan ubat tu akan membuatkan kita sentiasa rasa nak terkencing. Haishhh terpaksalah kencing atas katil je dengan bantuan habibi & nurse2 yang baik hati. Malam tu tak berapa lena tido, mana taknye..kejap2 nurse datang masukkan darah lain dan cek itu ini....proses memasukkan darah selesai pada jam 5.00 pagi...



 
Gara2 itu, aku yang sepatutnya dah boleh balik rumah terpaksa extend lagi beberapa hari dalam wad....

No comments: