Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

01 December 2010

EMERGENCY!!!!

Macam2 hal rupanya dugaan nak membesarkan anak-anak ni yek....

Dua kali aku pernah menghadapi detik2 cemas, pertama sekali dengan Raniya...peristiwa tu berlaku masa kitorang masih stay di rumah papa. Aku tidurkan Raniya macam biasa. Bila dia dah terlena, aku tinggalkan dia tidur sorang2 kat ruang tamu sebab nak melayan Raiyan & Raiyna kat dalam bilik. Tengah asyik melayan dorang dalam bilik, sayup2 aku terdengar suara Raniya menangis. Bila aku keluar tengok, rupa2 nya dia dah terselit kat bawah bantal. Bantal tu aku yang letak kat sebelah dia sebab masa nak dodoikan dia tidur, aku baring kat bantal tu. Macamana la aku boleh terlupa nak alihkan...


Yang si Raniya ni pulak entah macamana dia boleh terselit kat situ...hihi..dalam pada panik, sempat jugak aku ambik gambar dulu...hehe..

Insiden kedua pulak melibatkan Raiyna, yang bongsu sekali. Masa tu Raiyna atau dipanggil Baby tengah tido dalam buai. Dah agak lama dah dia tido, dalam setengah jam camtu...aku pulak tengah leka tengok tv. Entah macamana dalam leka2 tengok tv tu, aku terlelap sekejap. Masa tu lah aku dikejutkan dengan suara tangisan Baby yang tak macam biasa bunyi nya. Dia menangis, tapi tangisan dia macam tersekat2...pastu dia diam. beberapa saat lepas tu dia nangis lagi pastu terdiam lagi. Aku pelik kenapa baby tak nangis macam selalu. Bila aku jengah kat dalam buai, terperanjat aku tengok hidung baby dah keluar susu dan dia bernafas tercungap2....serta-merta aku teringatkan Yus. Yus adalah dua pupu aku. Kesian Yus, dia baru je kehilangan anak sebab kes tercekik susu ......

(Yus (kiri sekali), dua pupu ku yang kehilangan baby nya, Farisha sebab tercekik susu)



Panik nye aku masa tu...aku terus angkat Baby. Masa tu aku tengok muka dia dah biru sebab tak boleh bernafas. Susu meleleh2 keluar dari hidung dan mulut dia macam keluar buih. Serta-merta aku kejutkan habibi yang tengah tido dalam bilik. Habibi pon panik tengok keadaan Baby. Dia soh aku siap gi klinik. Dalam pada aku terhegeh2 nak pakai tudung, habibi telungkupkan Baby dan tepuk2 belakang dia. Tiba2 terkeluar suara Baby...dia menangis sekuat2nya sedangkan tadi langsung tak keluar suara. Masa tu jugak lah keluar lendir macam hingus dari hidung Baby...lepas tu dia menangis macam selalu dan dah boleh bernafas. Fuhhhh lega aku tengok dia bernafas....

Rupanya baru lah aku tau, bayi-bayi yang tercekik susu ni memang berada dalam keadaan tercungap2 dan tak akan menangis. Sebab tu la kes2 macam ni selalu berakhir dengan tragedi, sebab penjaga tak akan dengar suara dorg menangis.

Lepas tu kitorang terus gi klinik. Klinik Mustakizah di Bandar Baru Uda...mulanya nak pergi Poliklinik Bio-Sucinas, tempat kami sekeluarga selalu pergi...tapi masa lalu nampak orang ramai sangat. Alhamdulillah, doc cek paru2 dia ok...Dr Mustakizah cakap Baby bernasib baik sebab aku cepat bertindak. Kalau dibiarkan lama sikit, tak mustahil benda buruk boleh berlaku.

(Baby di Klinik Mustakizah BBU)


Ya Allah, syukur pada-Mu kerana menyelamatkan Baby. Lepas peristiwa2 yang menakutkan tu, aku lebih berhati2 menguruskan anak-anak. Dengan bibik2 pon aku tak percaya sangat...setiapkali bibik2 uruskan anak-anak, aku tetap memantau & memerhatikan dorg.... Ya Rabbi, selamatkanlah & peliharakanlah anak-anak ku...amin

3 comments:

Anonymous said...

lind,
sebab tu penting nk bg baby 'burp' lepas dorang menyusu. supaya perut tak kembung n supaya tak de sisa2 yg masih tinggal kt tekak. beware ajelah.. n masa menyusukan make sure kepala baby tinggi sket.

Cda

LIND JOHARI said...

sebelum kejadian tu, dia dh burping tau kak.. tp betul la mcm akk cakap tu, maybe ade yg tak telan abis..ataupun terlebih bagi susu. maklum la dia ni kan kecik sket saiznye, agaknye saluran tekak dia pon kecik sket..

Anonymous said...

Hello therе! Ι know this is kindа off topic but I waѕ wonderіng if you knew where Ι cοulԁ lоcate a captchа plugin fоr my comment form?
I'm using the same blog platform as yours and I'm haνing tгouble
finding one? Thanks a lοt!

My ωеb-site emergency plumbers birmingham