Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

WELCOME HOME..

2 Sep 2010...aku & anak2 dibenarkan keluar dr hospital. Kami pulang ke rumah papa di Bandar Baru UDA JB...jarak perjalanan rumah papa ngan rumah aku tak jauh mane pon, 10 min pjalanan je kalau xde traffic jam...sampai je di rumah, papa sambut kami dengan taburan beras kunyit...hehe macam pengantin lak rasanya. Ramai yang menunggu kami d rumah. Abang2 ku semuanya ada termasuklah Yus yang menetap di Kota Kinabalu Sabah.


(Gambar pertama triplets di rumah papa)


Meriah nya!!! Anak2 saudaraku semua berkerumun tengok sepupu2 baru dorg...sebelum waktu berbuka puasa, kami adakan tahlil & doa selamat sebagai tanda mensyukuri kelahiran anak3...dorg siap beli kek kerana meraikan hari lahir Yus pada 29 Aug (sama tarikh dengan kelahiran triplets) dan tarikh lahir papa pada 3 Sep...




Waahhh...bukan takat meriah dengan adek-beradek & anak2 saudara, makanan2 pon sama meriah jugak. Biasalah kalau berkumpul ramai2 time bulan puasa macam ni, juadah berbuka kusss semangat. Semuanya menggugat keimananku...air katira, puding karamel, birthday cake bla bla bla.....hahaha stop dreaming!!!! Aku sedang melalui tempoh berpantang...mak dah siap masakkan makanan untuk aku... SETENGAH SENDUK NASI PUTIH ,IKAN HARUAN MASAK SINGGANG & SAYUR BAYAM MASAK AIR.

Hambik kauuu!!!!!!

No comments: