Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

01 December 2010

ANAK-ANAK PEMBAWA REZEKI

Bergelar ibu kepada bayi-bayi kembar 3 bukanlah sesuatu yang pernah aku impikan...ya, sewaktu belum punya anak, aku selalu berdoa agar dikurnikan cahaya mata. Antara kata2 yang selalu keluar dari mulut aku, DAPAT ANAK SORANG PON JADI LAH....

Tapi, Dia Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...6 tahun aku & habibi menanti kehadiran zuriat sebagai penyeri rumahtangga, kami akhirnya dikurniakan 3 cahaya mata sekaligus...Alhamdulillah. Tak sia2 ikhtiar kami selama ni..berkat kesabaran & usaha tak mengenal jemu, inilah anugerah paling bermakna dalam hidup...sampaikan ade yang berseloroh, DIA (ALLAH S.W.T) BAGI TIGA SERENTAK....DUA TAHUN SORANG....

Aku selalu terbaca atau terdengar keluhan mereka2 yang masih belum dikurniakan cahaya mata..Ya, aku faham perasaan mereka. Hati wanita mana yang tak inginkan anak? Apa yang boleh aku nasihatkan, hanya BERSABAR...usaha lah selagi terdaya...

Satu saja nasihat yang aku inginkan sampaikan pada teman2 yang masih menunggu...jangan terlalu taksub mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa pemeriksaan doktor...aku tau memang banyak ubat-ubatan yang konon nya berupaya menyuburkan sistem peranakan dan sebagainya, tapi aku syorkan, pergi lah cek dulu keadaan kesihatan supaya kita tau apa punca yang menyebabkan kita lambat lekat..aku akui, sebelum ni pon aku pernah terpengaruh dengan ubat2 kesuburan tu...lagi pulak bile baca pengakuan testimoni yang bertahun2 kahwin, makan ubat tu 2-3 bulan terus lekat...bagi yang nak mencuba makan ubat itu dan ini, kenal pasti dulu tahap kesihatan dan punca yang menyebabkan kita lambat mengandung. Adakah disebabkan masalah kesuburan, masalah fibroid, masalah hormon tak stabil, diabetes, darah tinggi, stress, masalah pada rahim dan sebagainya....

Sebaik-baiknya, tak perlu lah berhabis duit untuk beli ubat2 yang kita sendiri tak tau apa kandungannya. Lebih baik pergi berubat ke klinik atau hospital. Makan ubat yang disyorkan doktor atau buat rawatan dengan doktor. Bagi pendapat aku, hasilnya lebih terjamin...

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah membukakan pintu hati aku untuk berubat di RSHJB...dan aku sentiasa panjatkan kesyukuran kerana telah menganugerahkan rezeki berganda buat aku & suami.....
Benarlah bagai dikata, anak2 ni membawa rezeki pada ibu bapa....

Masa aku tengah sarat mengandung 7 bulan, aku dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setelah 6 tahun mencurah bakti di MBJB...Alhamdulillah, dapat lah sedikit habuan & insentif...sayangnya, aku tak dapat turut serta dalam majlis meraikan anugerah tu sebab masa tu aku dah pon mula bercuti sebab dah tak larat sangat dah....


Selain dari tu, macam2 lagi Allah berikan rezeki kepada kami.. Alhamdulillah itulah rezeki dari Allah untuk anak-anak ku.....

6 comments:

Nailah Azman said...

Salam.

Hi mommy triplets.
Alhamdulillah, Allah itu Adil kan?
Tak siasia both of you tunggu bertahun.

Well, i nak tau, RSHJB tu apa? Kat JB kan?
Can i know stand for what?

I dah kahwin now baru masuk 2 tahun.
My family stay in pasir gudang, johor.
I smpi skrg still conceive to have baby.
I dah pegi hospital.
So far, i ok. Mmg takde masalah.
Maybe belum rezeki kot?

Now i live in Jeddah, Saudi.
I ada jugak buat treatment kat sini.
Jumpa doc and doc bg pil kesuburan semua.
But still belum ade rezeki lagi.
So we keep praying and usaha je lah.
Because i believe Allah lagi Maha Mengetahui.
Mungkin DIA ada reason why kami tak diberi rezeki lagi.

Now i dah stop dari jumpa doc.
sbb doc yg biasa dengan I tu dah balik negara dia.
Sedih betul lah.
Nak jumpa doctor lain, takde doc yg boleh speak in English.
Sini mmg communication problem betul lah!
Amat sungguh menguji kesabaran.
That is why I stop da dri pegi jmpe doc.

Boleh share apa rawatan yang u buat & amik?
Sometimes i wish jugak, i could have twins. Hehehehe.
Hope you dont mind share.
Could you email me?
nornailah.hussin@gmail.com

hugs & kisses for triplets!
they are so adorable!

LIND JOHARI said...

@nailah azman : hi dear..Alhamdulillah rezeki berganda after 6 years of honeymoon.. don't worry dear, i percaya rezeki u ade, cume belom masanye je..

RSH tu stands for Regency Specialist Hospital.. Pakar O&G kat situ nama nye Dr. Tokha...dia antara pakar o&G yang terbaik kt jb ni..sebelum ni Dr. Tokha bertugas kt Hospital Penawar Pasir Gudang. RSH ni tempatnye kat Bandar Seri Alam, dekat2 ngan Tesco & Mc'D.. so far patient yg dtg jumpe Dr. Tokha ni rata2 nye yg ada problem..

Alhamdulillah dgn izin Allah ramai patient dia yg berjaya pregnant. I buat rwtn kt situ sbb my friend yg reccomend. Dia dh kawin 5 thn, after treatment dia dpt twins..and 4 ur info, ramai patient doc ni yg dpt kembar.

Kat situ i buat treatment kesuburan je..Alhamdulillah tak lama pun, x sampai sebulan dh lekat..

Btw thanks a lot 4 d hugs & kisses ya...wish u all the best dear..

Anonymous said...

sis, nak tau berapa kos u wat treatment kat sana? (aisya)
email me:noraisah.sukir@yahoo.com

Anonymous said...

Klau boleh nk jgk tau kos for treatment tu...
ni email saya.. sharmyna@yahoo.com
Trima kasih sgt2..

Awyn Hamzah said...

salam boleh tanya x u dpt triplets u buat rawatan IUI or IVF ye? and kos dy mcm mane? tqq my email is awynhamzah90@gmail.com

Anonymous said...

salam, boleh saya tahu kos dan rawatan apa? iui atau ivf?