Raniya...Raiyan...Raiyna

Raniya...Raiyan...Raiyna

27 November 2010

AKHIRNYA AKU BERGELAR "UMMI"....

Tiada perkataan lain yang meluncur keluar dari hati & bibirku tatkala pertama kali membuka mata sebaik sedar dari tidur setelah pembedahan berjaya.

ALHAMDULILLAH...

Setelah pembedahan tamat jam 11.30 pagi, aku diberi ubat penahan sakit yang membuatkan aku terlena hingga ke malam...sebaik sedar, aku lihat Habibi di sebelahku..dia tersenyum & mengucup dahiku...aku tanya MANA BABY?? Sambil mengusap2 rambutku, habibi cakap baby ade dlm wad nursery...

aku : baby ok tak?
habibi : ok..Alhamdulillah semua sihat2..comel2
aku : tangan ngan kaki ada tak?

Habibi tersenyum
habibi : ada la....cukup sifat semua
aku : 2 pompuan 1 lelaki ehh?
habibi : iye..yg lelaki mcm muke awak..yg sulung tu muke arab skit
aku : yang last?
habibi : yg last campor2..

Aku tersenyum sendiri...aku raba perutku sendiri. Habibi menepis perbuatanku, dia takut terkena tempat jahitan. Huhu...sedih plak bile tengok perut dah kempis...

aku : nak tengok baby
habibi : nanti la..baby semua tgh rehat, dorg sema tido..esok je la

Tak banyak yang aku borak ngan habibi malam tu..apa yg aku tau malam tu aku sangat mamai..letih & longlai..nurse bagitau, selagi aku belum kentut, aku tak dibenarkan makan atau minum...takpelah, dalam keadaan sekarang, aku pun tak teringin nak makan atau minum. Pedih di tempat jahitan masih terasa. Sakit nya hanya Allah yang tau..

Sebelum tertidur, aku menerima sms dari papa. Rupa2 nya papa balik rumah Tok Ibu di kampung. Dalam sms tu papa beritahu, tembuni anak3 aku dah selamat diuruskan. Papa ikut petua orang2 tua, tembuni anak-anak kembar perlu diletak dalam bekas berlainan untuk mengelakkan mereka ditimpa sakit (Nauzubillah) secara serentak. Tembuni2 tu papa bawak balik kampung dan disemadikan di bawah mimbar Masjid Sungai Boh, Pontian.





Malam tu aku tertidur lagi...tidur dengan satu perasaan yang amat sayu...Terima kasih Ya Allah, akhirnya aku bergelar UMMI....

1 comment:

BondaRyan said...

saya sgt2 sebak baca rentetan penulisan umi dari awal..kira macam silent reader lah.dari awal hingga arini..masih suka membaca entry ini..huhu.betapa Allah swt memberi 1001 kebahagiaan pada umi setelah d uji..alhamdulillah.